CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 151|Reply: 0

YBR prihatin

[Copy link]
Post time 27-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Seminar Didik Rakyat bimbing pelajar menjawab peperiksaan\rPROGRAM bimbingan peperiksaan Seminar Didik Rakyat anjuran Yayasan Bank Rakyat, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) diteruskan ke kawasan pedalaman bagi memberi peluang pelajar di situ mengikuti program pendidikan berkualiti.\r\n\n\n\n\r  Pengurus Bank Rakyat Kota Belud, Aris Abdul Kadir, berkata program memberi peluang peserta kurang berkemampuan mengikuti kelas tuisyen mendapat bimbingan wajar.\r\r\n\n\n\n\n  Program sehari itu kata beliau, berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan II, Kota Belud, Kinabalu, baru-baru ini disertai 280 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) dari kawasan sekitar.\rMasing-masing dari SMK Pekan I Kota Belud, SMK Pekan II Kota Belud, SMK Usukan, SMK Tambulion, SMK Arshad, SMK Taun Gusi, SMK Narinang dan SMK Agama Tun Said.\r“Program dengan kerjasama Unit Pendidikan Berita Harian itu dipenuhi tiga slot ceramah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.\r“Diharapkan pada program ini, pelajar berupaya meningkatkan kecekapan menjawab soalan berdasarkan aras peperiksaan sebenar,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian program.\r\n\n\n\n\rHadir sama, Penolong Pengarang Berita (Projek) Unit Pendidikan Berita Harian, Sabri Said; Pengurus Perancang Yayasan Bank Rakyat, Mohd Mushin Ismail; Ketua Unit Sains dan Matematik Jabatan Pelajaran Kota Belud, Azeral Sekal dan Pengetua SMK Pekan II Kota Belud, Matlan Datu Unjong.\rAris berkata, usaha dilakukan Bank Rakyat itu adalah sebahagian tanggungjawab sosial korporat institusi kewangan yang beroperasi seluruh negara itu.\rSelain mengendalikan seminar PMR itu, katanya, Bank Rakyat membelanjakan lebih RM77,000 bagi pemberian zakat kepada 700 murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah di Kota Belud tahun ini.\r\"Kami juga menjayakan aktiviti kemasyarakatan lain dengan membaiki surau di Kampung Korongkom, Kota Marudu dan menyalurkan sumbangan kepada ibu tunggal,\" katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.043189 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list