CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 131|Reply: 0

Program hargai pelawak

[Copy link]
Post time 28-7-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Penonton sekali lagi digeletek menerusi Lawak Minggu Ini \rPENERIMAAN masyarakat terhadap persembahan komedi menjadikan lebih banyak program berunsur lawak jenaka diterbitkan oleh stesen TV. Keistimewaan penyerapan elemen komedi pada sesuatu situasi bukan saja mempunyai nilai hiburan semata-mata, malah tidak terkecuali dianggap sebagai medium terapi yang baik untuk menghilangkan tekanan dari bebanan masalah.\r\n\n\n\n\rSejak beberapa tahun ini, program komedi yang diterbitkan semua stesen televisyen tanah air semakin meningkat tahap kualitinya serta kreativiti dilihat semakin bercambah.\r\r\n\n\n\n\nKalau di Barat ‘stand up comedy’ diletakkan sebagai program komedi paling digemari, begitu juga dengan penerbitan program komedi tempatan yang turut menerima banyak anugerah di majlis penganugerahan tempatan.\rBagi mengangkat kerjaya pelawak, Warna sekali lagi mahu menyajikan program yang membuatkan penonton ketawa dengan program Lawak Minggu Ini yang akan mula disiarkan 5 Ogos ini, jam 10 malam.\rSeramai 12 pelawak yang begitu kukuh kedudukannya di dalam industri akan mencabar kewibawaan bakatnya berlawak di hadapan penonton di studio setiap minggu.\rPengurus Salurannya, Nizam Sani berkata, penerbitan program itu bertujuan memberi laluan kepada pelawak tanah air untuk terus berkarya tanpa menyekat kreativiti masing-masing.\r\n\n\n\n\r“Sebagai pencetus kembali program komedi tanah air sejak beberapa tahun ini, kami akan terus merangka pelbagai program komedi sepanjang masa. Daripada landasan program Raja Lawak sejak musim pertama, program lain terus disusuli seperti Spontan, Lawaking, Redah Kasi Pecah dan terbaru Maharaja Lawak.\r“Ini berikutan, Astro mempunyai ruang untuk pelawak berkarya. Kami juga tidak mahu pelawak terus hilang dek kerana tidak diberikan peluang menjayakan sesuatu program dan akhirnya menyekat kreativiti mereka,’ katanya yang ditemui pada majlis sidang media Lawak Minggu Ini di Petaling Jaya, Isnin lalu\rProgram yang akan disiarkan sebanyak 12 episod akan mempertaruhkan pelawak popular tanah air seperti Datuk Jamali Shadat, Saiful Apek, Yassin, Abon, Sathiya, Nabil, Johan, Zizan, Angah dan artis berkumpulan seperti Sepah, Jambu dan Balas.\rMereka diberikan kebebasan untuk mengendalikan episod sendiri dalam masa satu jam dan diberi peluang mengundang sesiapa saja tetamu jemputan. Tidak ketinggalan, mereka tidak akan terlepas daripada segmen muzikal yang harus memilih lagu sendiri menghiburkan penonton di studio dan di rumah menerusi program rakaman itu.\rMenurut Shahrizal Ahmad atau lebih dikenali sebagai Abon, peluang menjayakan Lawak Minggu Ini sebagai pengiktirafan kepada warga pelawak untuk mengendalikan program sendiri yang selama ini tidak pernah berkesempatan kerana ketiadaan slot khusus untuk mereka.\r“Memang pada mulanya saya tidak pernah menyangka ada program seperti ini. Apabila diminta mengadakan rakaman Lawak Minggu Ini, saya masih tidak memahami apakah bentuk program yang akan saya buat. Selepas diberikan penerangan barulah saya faham bahawa program itu adalah program saya sendiri.\r“Pada mulanya memang Astro ada menyediakan skrip sebagai panduan tetapi mereka membebaskan kami menghasilkan segmen sendiri. Malah segmen yang paling menggerunkan saya adalah segmen muzikal di mana saya dipaksa untuk menyanyi. Memang selama ini saya tidak pernah menyanyi dan tidak mempunyai masa untuk latihan, namun selepas diberikan lesen di mana pelawak boleh melakukan apa saja, ia menambahkan keyakinan saya,” katanya yang akan menyanyikan lagu Abang Beca.\rBagi Sathiya, inilah pertama kali dia diberi peluang mengendalikan program komedi sendiri sepanjang kerjayanya sebagai pelawak. \r“Saya memang tidak pernah diberikan peluang mengendalikan program sendiri dan Lawak Minggu Ini cukup bermakna bagi saya kerana saya bebas melakukan apa saja untuk satu jam.\r“Saya juga ada menjemput pelawak seperti Caca dan Angelina Tan untuk membantu saya dalam segmen tetamu. Begitupun saya cukup berdebar pada segmen muzikal apabila dipaksa menyanyi,” katanya.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.258415 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list