CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 130|Reply: 0

Hikmah rusuhan di London

[Copy link]
Post time 18-8-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Insiden tanam sikap toleransi, hormati penganut agamaINSIDEN perhimpunan aman yang menular kepada rusuhan ganas di beberapa bandar utama di United Kingdom minggu lalu mengejutkan dunia.  \n\n\n\n  Bencana yang berlaku sewaktu umat Islam  menunaikan ibadat puasa  menguji keimanan mereka yang menerima kesan langsung, akibat rusuhan itu. Mereka diuji dengan puasa yang panjang iaitu selama 18 jam ditambah terik matahari  pada musim panas ini.\n\n\n\n\n  Mereka  kehilangan premis perniagaan yang musnah dalam kebakaran, roboh dipecahkan dan ada  hilang barang perniagaan kerana dilarikan perusuh. Bukan itu saja, selain dirompak di jalanan, ada  kehilangan anak sewaktu membantu mempertahankan harta benda milik komuniti daripada dipecahkan perusuh.Tangisan  bukan lagi taruhan  menenangkan hati. Di saat umat Islam diuji, mereka pasti kesedihan hanya menunda agenda  membina kembali kekuatan diri. Mereka tidak peduli  bangsa, agama dan warna kulit, mereka reda  setiap manusia ada sisi jahat dan baiknya.Hikmah  besar buat setiap umat Islam di sebalik rusuhan di United Kingdom ialah suburnya Islam sebagai agama mementingkan nilai murni dan muamalah harmoni sesama manusia. Dunia juga mula membuka mata  keganasan tidak sinonim dengan Islam.Keganasan terhasil daripada runtuhnya hemah dan sahsiah manusia apabila diri tidak diterajui akhlak mulia seperti digariskan setiap agama. Islam juga kian  mekar sebagai penyeru keamanan dan agenda mempertahankan hak asasi manusia.\n\n\n\nPenulis yakin rakyat Malaysia pasti  tahu kejadian buruk menimpa Asyraf Haziq Rossli, pelajar  kolej di United Kingdom. Dalam keseronokan membayangkan juadah  berbuka, Asyraf tidak pernah tahu  ada ujian besar  yang akan menguji kesabarannya Ramadan kali ini . Namun, selepas apa berlaku, tiada dendam  tertusuk di  hati, melainkan rasa kasihan  kerana segelintir  kanak-kanak serta remaja hari ini mula hilang nilai sosial positif yang sepatutnya menjadi bekal  mengamankan dunia. Sikap berani dan pemaaf  Asyraf amat mengagumkan warga United Kingdom, malah media  turut berulang kali menayangkan kenyataan  dikeluarkan Asyraf yang menyatakan beliau tidak pernah   marah atau berdendam  atas insiden yang menimpa dirinya. Beliau juga berhasrat mendermakan wang kutipan orang ramai untuknya kepada mangsa lain yang lebih memerlukan. Islam sering dikaitkan dengan perbalahan dan keganasan akibat daripada perilaku segelintir umatnya, Islam juga dikaitkan dengan keprihatinan dan keharmonian apabila ia ditonjolkan warganya yang berkeperibadian tinggi. Atas hemah itulah, Asyraf menjadi ‘duta’ Malaysia dan lebih utama, mewakili seluruh Muslim yang kembali menyuburkan kemuliaan Islam di United Kingdom.Kerana rusuhan juga, hubungan antara kaum dan agama bertambah baik.  Beberapa penganut Sikh mengawal sekitar masjid  di Southall, London, sewaktu umat Islam  menunaikan solat tarawih. Mereka mempertahankan premis ibadat umat Islam daripada diceroboh masuk  perusuh tanpa rasa takut keganasan yang mungkin mengancam nyawa mereka. Begitu juga sewaktu penganut Sikh berada di Gurduwara, sebilangan penganut Islam pula berkawal.Hakikat ini memperlihatkan pegangan agama membantu membina unit masyarakat bertolak ansur dan memahami hak serta tanggungjawab masing-masing, sekali gus menjamin keamanan dunia. Paling meruntun hati, apabila  Tariq Jahan, yang kehilangan anak lelakinya kerana dilanggar perusuh ketika  mengawal premis perniagaan dan rumah merayu orang ramai  menerima kematian anaknya sebagai takdir seperti  dituntut  Islam dan tidak membalas dendam.Walaupun kejadian tiga lelaki Muslim dilanggar perusuh hingga mati mengundang kemarahan seluruh warga United Kingdom dan umat Islam, masyarakat kembali tenang apabila Tariq Jahan berkali-kali merayu supaya bersabar dan menyerahkan tindakan seterusnya kepada undang-undang.Inilah  hikmah di sebalik rusuhan di United Kingdom, ia menjadi pengajaran  bahawa diplomasi dan toleransi tidak sia-sia, bahkan ia  menyatukan manusia. Islam juga bertambah subur di Britain, kerana ujian yang Allah berikan  untuk  memberitahu dunia, Islam itu agama  sempurna. Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia, kini melanjutkan pelajaran di United Kingdom

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.839931 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list