|
Karya pelbagai pelukis dalam dan luar negara di jual pada harga rendahDENGAN tema catan bertema abstrak dan keindahan alam semula jadi, galeri dalam talian, Conteng menampilkan karya oleh beberapa artis di rantau ini seperti dari Indonesia, Vietnam, Thailand serta Malaysia.\n\n\n\nAntara artis yang menyumbangkan hasil kerja mereka kepada kepada galeri ini ialah Yaya Jukot, Hamid Hassan, Ade Putra, Fikri Mansor dan kesemua mereka menggunakan media cat minyak serta akrilik di atas kanvas.\n\n\n\n\nPemilik galeri, Khairil Tarmizi berkata, mungkin kerana minat, artis yang menyumbangkan karya mereka ke Galeri Conteng banyak bermain dengan bentuk abstrak dan subjek pemandangan alam semula jadi menerusi catan mereka. “Banyak catan di dalam galeri ini berbentuk abstrak kerana saya secara peribadi meminati catan berbentuk abstrak, manakala catan berbentuk pemandangan pula, walaupun kurang saya minati, namun karya yang dihasilkan mereka begitu halus menyebabkan ia begitu diminati ramai,” katanya.Khairil mendapat idea untuk mula mengumpulkan koleksinya bagi tatapan orang ramai apabila ramai rakannya yang berminat selepas melihat beberapa catan di dinding kediamannya. Dengan kepercayaan bahawa setiap orang perlu mampu milik hasil catan, Khairil berkata Galeri Conteng bertindak memasarkan karya di galerinya pada harga murah berbanding yang boleh didapati di pasaran.\n\n\n\n“Dengan berurusan secara dalam talian dan mengambil sendiri catan dari artis di tempat mereka, Galeri Conteng dapat menjimatkan sedikit kos operasi. Ia membolehkan kami memasarkan lukisan pada harga rendah,” katanya.Catan di Galeri Conteng boleh dibeli pada harga serendah RM50 hingga RM500 dan bersempena Ramadan ini, galeri terbabit turut akan mengendalikan galeri mini di pusat penjaja Downtown Cheras sehingga 26 Ogos ini.Salah seorang artis yang mempamerkan karyanya di Galeri Conteng, Ade berkata, beliau mendapat idea untuk menghasilkannya ketika mencari hiasan yang bersesuaian dengan suasana di dalam rumahnya.“Catan yang saya hasilkan untuk pameran ini mempunyai fungsi lebih kepada sebagai pelengkap kepada hiasan dalaman di sesebuah ruang,” katanya. Info Galeri ContengLokasi: www.conteng.com.my Telefon: 019-2215463Karya: 130,
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|