CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 171|Reply: 0

LTAW tawar ambil alih EPIC

[Copy link]
Post time 25-8-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Tabung amanah  mahu beli baki saham pada harga RM111.507jLEMBAGA Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAW) mengemukakan tawaran bagi mengambil alih sepenuhnya syarikat penyedia perkhidmatan minyak, Eastern Pacific Industrial Corp Bhd (EPIC).\rTabung amanah kerajaan negeri Terengganu itu semalam mengemukakan notis tanpa syarat untuk membeli 32.76 peratus baki saham yang tidak dimilikinya dalam syarikat itu pada harga RM111.507 juta atau RM3.10 sesaham.\r\n\n\n\n\r  Harga   ditawarkan itu adalah premium 12.6 peratus berbanding harga urus niaga terakhir saham EPIC sebelum urus niaganya digantung tengah hari semalam pada RM2.93 sesaham.\r\r\n\n\n\n\n  LTAW tidak bercadang   mengekalkan status senaraian awam syarikat penyedia minyak itu jika tawaran itu berjaya.\rEPIC dalam kenyataannya di Bursa Malaysia semalam berkata, pihaknya menerima notis tawaran pengambilalihan itu daripada LTAW dan unitnya iaitu Pembinaan PTB Sdn Bhd (PPTB) yang memiliki 22.55 peratus atau 37.60 juta saham.\rPihak lain yang memiliki kepentingan bersama dengan LTAW dan PPTB dalam EPIC ialah Terenggganu Incorporated Sdn Bhd dan tiga lagi pihak, sekali gus mempunyai percantuman kepentingan bersama sebanyak 67.24 peratus. \rDalam notis tawaran berkenaan, LTAW dan PPTB antara lain menawarkan pampasan tunai kepada pemegang saham EPIC yang menjual saham mereka di antara 10 Disember 2010 dan 23 Ogos 2011.\r\n\n\n\n\rIa berkata, pampasan tunai yang ditawarkan itu adalah bersamaan perbezaan antara harga tawaran pengambilalihan iaitu RM3.10 sesaham berbanding harga saham yang sudah dijual sebelum ini.\rPada 4 November 2010, LTAW dan Ahmad Zaki Resources Bhd memeterai perjanjian jualan saham untuk memperoleh 35.97 juta saham atau 21.26 peratus dalam EPIC  bernilai RM111.51 juta yang membabitkan RM3.10 sesaham, sekali gus meningkatkan penguasaan LTAW dalam EPIC kepada 22.55 peratus daripada 0.98 peratus.\rEPIC adalah syarikat pegangan pelaburan   terbabit   menguruskan pangkalan bekalan petroleum, menyedia  dan mengekalkan  khidmat  serta kemudahan pelabuhan di Malaysia.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.060516 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list