CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 130|Reply: 0

Godam: ‘Biar waspada dalam berhujah’

[Copy link]
Post time 25-8-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
PERBINCANGAN penguasaan bahasa Inggeris pelajar sekolah negara ini belum reda dalam akhbar berbahasa Inggeris sepanjang minggu lalu dengan sebahagian besarnya mahu bahasa itu tampil sebagai bahasa yang paling perlu dikuasai untuk berjaya dalam era globalisasi ini.\rSebahagian besar yang memihak kepada keperluan menguasai bahasa Inggeris lupa bahawa Malaysia diikat dengan Perlembagaan Negara Fasal 152 yang dengan sendiri memerlukan setiap rakyat menghormati hak dan kedaulatan bahasa Melayu.\r\n\n\n\n\rMereka seolah-olah lupa bahawa Malaysia sejak dulu bersikap terbuka dan memberi pilihan bahasa yang menjadi pilihan mereka untuk sekolah anak masing-masing menerusi sekolah swasta, sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.\r\r\n\n\n\n\nJanganlah Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Bagi Pendidikan (PAGE) dan Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mahupun individu tertentu ‘berlagak’ mewakili sebahagian besar rakyat negara ini yang mahukan bahasa Inggeris demi masa depan dalam era sejagat ini.\rJangan pula kelompok yang mahu hak bahasa Melayu dipelihara, disemarakkan dan dimartabatkan dalam apa keadaan sekalipun, dilabel terikat dengan nostalgia silam kerana mereka juga punya hujah mengapa pendirian itu perlu terus ditegakkan. \rJangan dipaksakan bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains mahupun Matematik dalam sistem sekolah kebangsaan kerana bijak pandai PAGE mahupun JMM pasti tahu bahawa bahasa bukan penentu kejayaan kepada kedua-dua subjek berkenaan.\rSempena Ramadan dan Syawal ini, jadilah manusia syukur nikmat yang diberikan Allah SWT kerana kerajaan sudah pun melaksanakan Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) mulai tahun ini, dalam menangani penguasaan bahasa Inggeris pelajar.\r\n\n\n\n\rApa yang lebih perlu dirisaukan ialah mengapa ramai pelajar tidak cemerlang dalam kedua-dua subjek berkenaan yang menjadi penentu peluang untuk masuk ke universiti walau di mana juga dalam apa juga kursus, lebih-lebih lagi kursus kritikal.\rPenulis lebih bimbang dengan kemelut itu lebih-lebih lagi sekiranya ia membabitkan pelajar kelompok marhaen kerana jika dibiarkan, mereka akan kekal hidup segan mati tak mahu, apabila gagal melepaskan diri mahupun keluarga daripada belenggu kemiskinan.\rJanganlah menjadi manusia yang terlalu tamak lagi haloba dalam merebut kek ekonomi negara tanpa ihsan pada kelompok yang jauh tercicir di belakang dan masih memerlukan ‘bantuan’ dalam sistem pendidikan yang bahasanya ‘mesra’ mereka.\rPerbincangan kelemahan penguasaan bahasa Inggeris pelajar hakikatnya sudah lebih sudu daripada kuah, dengan kelompok yang taksub bahasa penjajah itu enggan melihat ada sejumlah pelajar yang cemerlang dalam Sains dan Matematik, tetapi bahasa Inggeris mereka sekadar biasa saja.\rIni menjadi bukti analogi mereka untuk pelajar cemerlang dalam bahasa Inggeris mereka perlu mempelajari kedua-dua subjek itu dalam bahasa Inggeris tidak benar kerana hakikatnya sikap pelajar terhadap mata pelajaran terbabit dan kaedah pengajaran turut menyumbang.\rDalam perbincangan berhubung kelemahan bahasa Inggeris pelajar negara ini, ada juga individu yang bijak tapi tidak peka dengan tanggungjawab sebagai warganegara apabila melabelkan sistem pendidikan berputar dalam kepompong Melayu, dari segi bahasa dan budaya.\rDengan gelar Dr di hadapan namanya, individu yang meluahkan pandangan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris ini, meletakkan ‘kesalahan’ itu menjadi punca guru bahasa Inggeris gagal melaksanakan tanggungjawab mereka, biarpun wibawa mereka melangit.\rHujah individu ini begitu menghina bahasa dan budaya Melayu akan lebih memudaratkan  perbincangan dan dalam masa sama mahu pengajaran bahasa Inggeris diswastakan kepada yang pakar bagi memastikan matlamat dapat dicapai.\rSekiranya cadangan itu diguna pakai, sekali lagi wang rakyat akan dileburkan, hal yang sama ketika Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilaksanakan, sedangkan sejumlah wang juga sudah dilaburkan untuk pelaksanaan MBMMBI.\rJusteru, biarlah MBMMBI dilaksanakan terlebih dulu tanpa perlu pihak mana sekalipun campur tangan dengan usaha Kementerian Pelajaran itu, apalagi merumuskannya gagal sebelum sempat ia bertapak kukuh bagi membuktikan keberhasilannya.\rJangan hendaknya mana juga warganegara tanpa mengira bangsa menyalahkan bahasa dan budaya Melayu sebagai punca kegagalan kerana penulis bimbang kenyataan sedemikian akan lebih memburukkan keadaan serta mengganggu-gugat keharmonian bangsa yang sedia terjalin!

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.049889 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list