CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 142|Reply: 0

UniKL pilihan pelajar Korea Selatan bagi kuasai bahasa Inggeris

[Copy link]
Post time 26-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SERAMAI 25 pelajar daripada tiga universiti di Korea Selatan memilih Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk program pertukaran pelajar antarabangsa bagi memantapkan penguasaan bahasa Inggeris pelajarnya.\rPresiden dan Ketua Eksekutif UniKL, Prof Datuk Dr Abdul Hakim Juri, berkata antara institusi pengajian tinggi (IPT) terbabit iaitu Universiti Semyung sudah menghantar lima pelajar untuk mengikuti pengajian satu semester atau lima bulan, mulai Isnin lalu.\r\n\n\n\n\r    Katanya, universiti itu menjadi pilihan berikutan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan pelajarnya mempunyai tahap penguasaan cemerlang bahasa antarabangsa berkenaan.\r\r\n\n\n\n\n    Beliau berkata, kesemua pelajar terbabit akan mengikuti pengajian di  Institut Teknologi Maklumat Malaysia (MIIT) Kampus Kota UniKL di Jalan Sultan Ismail, di sini.\rKatanya, dua lagi universiti dijangka akan menghantar pelajarnya Disember ini dan sebagai pertukaran UniKL turut menghantar pelajar sulungnya untuk mengikuti pengajian satu semester terutama dalam bidang kejuruteraan dan teknikal di universiti terbabit, selewat-lewatnya hujung tahun ini.\r“Menariknya universiti terbabit amat yakin dengan tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar kami yang menggunakan bahasa antarabangsa itu sebagai pengantar yang mendorong mereka menghantar pelajar untuk program pertukaran pelajar ke UniKL.\r“Ujian awal kami terhadap tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar terbabit berada pada tahap sederhana dan lemah. Namun, kami yakin mereka mampu menguasainya menerusi sistem pengajaran dan pembelajaran berkesan serta komunikasi dengan pelajar UniKL,” katanya kepada Berita Harian di kampus universiti itu di Kuala Lumpur, semalam.\r\n\n\n\n\rTerdahulu, Abdul Hakim mengetuai program pengagihan bubur lambuk kepada pelajar, badan korporat dan rumah anak yatim iaitu Titian Kasih dan Asnaf al-Faeez yang turut disertai lima pelajar dari Korea Selatan.\rUniversiti itu memasak lima periuk bubur lambuk dikenali Resipi Bonda yang diketuai kakitangan MIIT UniKL, Fairul Iskandar.\rSementara itu, Timbalan Dekan MIIT, Prof Madya Dr Shamsul Anuar Mokhtar, berkata lima pelajar Korea Selatan terbabit akan mengikuti kelas bahasa Inggeris khas, selain pergaulan dengan pensyarah dan pelajar UniKL.\rKatanya, ini memudahkan mereka mempraktikkan ilmu yang dipelajari dalam bilik kuliah, sekali gus memberi keyakinan untuk berkomunikasi dalam bahasa antarabangsa berkenaan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.044047 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list