CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 100|Reply: 0

Penting jaga hati orang lain berbanding ibadat sunat

[Copy link]
Post time 30-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
  Individu  berasakan tak  singgung  perasaan mana-mana pihak boleh  teruskan puasa enam hari  \rAIDILFITRI perayaan yang dianjurkan Baginda SAW sebagai simbol kemenangan kepada umat kerana berjaya menahan nafsu sepanjang sebulan Ramadan. Nilai kegembiraan itu sangat besar sehinggakan diharamkan bagi umat Islam untuk berpuasa pada hari berkenaan. \r\n\n\n\n\r  Namun, kesinambungan taqwa yang diperoleh sepanjang Ramadan perlu diteruskan dengan anjuran untuk berpuasa enam hari berikutnya pada Syawal sehinggakan nilai tambah bagi puasa itu menyamai ganjaran berpuasa selama setahun. \r\r\n\n\n\n\n  Walau bagaimanapun, asas ilmu pengetahuan dalam sesuatu ibadah itu perlu supaya kita bijak beramal mengikut tuntutan sebenar Nabi SAW. \rSecara tradisinya, sambutan Aidilfitri di Malaysia disambut selama sebulan. Kemeriahan penganjuran rumah terbuka sedikit sebanyak mempengaruhi amalan berpuasa sunat Syawal hingga ada yang keliru antara keperluan menerima undangan atau meneruskan amalan berpuasa.\rSuasana sambutan yang masih kuat pada hari raya kedua, ketiga dan berikutnya membuatkan sebahagian masyarakat memilih untuk berpuasa pada Syawal kedua secara berterusan selama enam hari sukar untuk diamalkan.\rMenurut ulama, pahala puasa enam hari  Syawal akan diperoleh sama ada ia dilakukan secara terpisah atau berturut-turut tetapi keutamaan diberikan kepada orang yang bersegera melakukannya.\r\n\n\n\n\rDalam Sunan at-Tirmizi, diriwayatkan oleh Ibn al-Mubarak bahawa dia lebih suka berpuasa sunat Syawal pada awalnya. Namun, Imam San’ani dalam kitabnya Subulus Salam menyatakan, tiada dalil khusus menyebut ia perlu dilakukan pada awal bulan Syawal. \rPendapat ini dilihat sesuai dengan keadaan umat Islam di Malaysia yang masih kuat menyambut raya pada hari raya kedua, ketiga dan seterusnya. Malah, amalan ziarah-menziarahi, jamuan makan masih berterusan, apatah lagi kita perlu memenuhi undangan serta menerima kunjungan saudara.\rDiriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri, katanya: “Aku menyediakan makanan untuk Rasulullah SAW dan apabila ia disajikan seseorang berkata: Aku berpuasa. Rasulullah SAW bersabda: Saudara kamu menjemput kamu (untuk makan) dan dia telah bersusah payah membuatnya. Bukalah puasamu dan berpuasalah pada hari lain jika kamu mahu.”\rDiriwayatkan bahawa Abu Juhaifah berkata: “Abu Al-Darda’ datang dan beliau telah membuat beberapa makanan untuknya (untuk Salman). Maka Abu Darda berkata: Makan. Sesungguhnya aku berpuasa. Salman berkata: Aku tidak akan makan sehingga kamu makan. Maka dia pun makan. Kemudian Abu Darda berjumpa Nabi saw dan memberitahu Baginda perkara itu lalu Nabi SAW berkata: Benarlah kata Salman.” (Hadis riwayat Bukhari dan Tirmizi).\rIni memberi gambaran kepada kita kepentingan menjaga hati dan perasaan tetamu mahu pun tuan rumah itu suatu yang amat dituntut. Malah, ia lebih penting daripada ibadat sunat. Namun, situasi ini bukanlah suatu yang  mengikat. \rBoleh juga diteruskan puasa bagi mana-mana individu yang berasakan tiada masalah dan tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak. Kerana sabit dalam hadis ini situasi dalam melihat fiqh awlawiyat antara hukum wajib meraikan hati orang lain dan sunat berpuasa.\rKerap juga timbul isu menggabungkan niat puasa antara puasa ganti dan puasa sunat Syawal. Terdapat perselisihan pandangan dalam permasalahan ini. Pendapat pertama, boleh digabungkan kedua-dua niat itu. \rPendapat kedua pula menegah menggabungkan niat puasa ganti dan puasa sunat Syawal tetapi membenarkan sesiapa yang ingin melakukan terlebih dulu puasa sunat Syawal kemudian digantikan puasa Ramadan pada waktu lain.\rManakala, pendapat ketiga pula melarang digabungkan niat serta mewajibkan diganti terlebih dulu puasa Ramadan barulah dituruti dengan puasa sunat Syawal. Ketiga-tiga pendapat ini pendapat dalam kalangan ulama yang muktabar. \rJika diteliti ketiga-tiga pendapat ini, pendapat golongan ketiga itu lebih kuat berbanding pendapat sebelumnya. Namun, Islam tidak memberatkan umatnya dengan bebanan yang tidak mampu dilakukan. \rBagi kes tertentu hingga kepada masyaqqah yang berat seperti wanita kedatangan haid, nifas serta hutang puasa yang terlalu banyak, menyukarkan mereka untuk berpuasa sunat Syawal maka boleh menurut pandangan golongan pertama dan kedua. Namun saranan untuk mengikut pendapat yang paling kukuh itu lebih perlu diutamakan.\rSemoga keluasan fiqh ini tidak membebankan umat menggapai rahmat yang tersembunyi dalam perbezaan kalangan ulama. Beramallah dengan ilmu supaya ketepatan menurut sunnah Rasul itu terpelihara. Semoga amalan kita diterima Allah SWT.\rPenulis ialah juara program Imam Muda terbitan Astro Oasis

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.237639 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list