CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 136|Reply: 0

Thaksin hadapi dakwaan

[Copy link]
Post time 5-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Bekas PM Thailand dituduh hasut penunjuk perasaan gunakan video\rBANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra yang pernah melaksanakan undang-undang antikeganasan pertama negara itu dengan kuasa perintah eksekutif pada tahun 2003, kini berdepan dakwaan di bawah  undang-undang sama atas kesalahan menghasut tunjuk perasaan menerusi video.\r\n\n\n\n\rTurut berdepan dakwaan di bawah undang-undang itu ialah pemimpin demonstrasi kumpulan Baju Merah yang menyebabkan 91 orang terbunuh dan lebih 1,800 lagi cedera.\r\r\n\n\n\n\nSelepas disingkirkan dalam rampasan kuasa tentera tanpa pertumpahan darah 2006, jutawan  telekomunikasi itu melarikan diri ke luar negara untuk mengelakkan hukuman penjara dua tahun yang dijatuhkan ke atasnya selepas didakwa dengan rasuah, salah guna kuasa dan tidak menghormati Raja Bhumibol Adulyadej.\rThaksin kini menetap di Dubai. Adik perempuannya, Yingluck Shinawatra, dipilih sebagai Perdana Menteri wanita pertama Thailand yang mengambil alih pucuk kepemimpinan Ogos lalu.\rPerbalahan ketara antara penyokong Thaksin, ‘Baju Merah’ dan penentangnya, ‘Baju Kuning’, meletakkan Thailand dalam krisis politik. Kumpulan Baju Kuning merampas pejabat Perdana Menteri selama beberapa bulan dan menutup dua lapangan terbang di Bangkok  hampir seminggu pada tahun 2008 untuk membantu menumbangkan kerajaan proThaksin.\rSeramai 54 orang didakwa dengan keganasan dan berdepan hukuman penjara daripada tiga tahun hingga seumur hidup. Daripada jumlah itu, 36 adalah penyokong Thaksin dan 15 lagi kumpulan Baju Kuning.\r\n\n\n\n\rSementara di selatan Thailand, yang menyaksikan lebih 4,700 maut sejak kebangkitan pemisah Islam pada tahun 2004, tiada seorang pun didakwa dengan keganasan yang mendorong aktivis hak kemanusiaan mengisytiharkan undang-undang itu bertujuan menghalang kegiatan politik, bukan mengekang keganasan di selatan negara itu.\rPeguam bagi pemimpin demonstrasi proThaksin, Karom Poltaklang, berkata undang-undang itu jelas bermotifkan politik dan menegaskan: “Penunjuk perasaan politik tidak boleh menjadi pengganas.”\rThailand menjadi sekutu Washington dalam kempen memerangi keganasan, dan didakwa membenarkan Agensi Perisikan Pusat (CIA) menggunakan teknik melemaskan ke atas suspek al-Qaeda, Abu Zubaydah, di sebuah penjara rahsia dalam wilayahnya pada tahun 2002. CIA turut menggunakan kaedah penderaan sama ke atas perancang pengeboman USS Cole, Abd Al-Nashiri, sebanyak dua kali di Thailand, menurut bekas pegawai perisik.\rPasukan keselamatan Thailand dan CIA bekerjasama menangkap suspek keganasan, Hambali, pada Ogos 2003 di Ayutthaya, 80 kilometer ke utara Bangkok.\rBeliau kini ditahan di pusat tahanan Amerika di Teluk Guantanamo, Cuba. \rHambali, warga Indonesia yang nama sebenarnya, Riduan Isamuddin, didakwa sebagai ketua operasi Jemaah Islamiyah, dituduh melancarkan serangan bom di Bali yang meragut 202 nyawa pada tahun 2002. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.166018 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list