View: 206|Reply: 0
|
Ramadan Dinanti, Syawal Dirai: Berbaju Melayu, bergayut di pintu bas
[Copy link]
|
|
JIKA sesetengah orang benci apabila terpaksa berhimpit dalam bas dan bergayut di pintu bas ketika sedang lengkap berbaju raya untuk mengunjungi saudara mara, sahabat dan jiran, tidak bagi Timbalan Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Amiruddin Md Ali Hanafiah, 46.\rBerhari raya ketika menetap di Felda Semencu, Kota Tinggi, Johor, pada usia menginjak 13 tahun kekal terpahat dalam ingatan sebagai pengalaman paling manis dan menggeletek hatinya sehingga ke hari ini apabila dikenang semula.\r\n\n\n\n\r“Sewaktu kami sekeluarga berpindah, kawasan FELDA ini baru saja dibuka dan menempatkan ratusan keluarga. Banyak rumah yang dikunjungi dengan niat untuk mengutip duit raya sehingga saya dan rakan tidak terfikir letih atau penat menunggu bas lebih sejam lamanya untuk beraya.\r\r\n\n\n\n\n“Kami akan berebut menaiki bas Kopenda yang dulunya popular di FELDA. Dengan tambang 60 sen saja bas ini membawa kami menjelajah ke seluruh kawasan kampung. Duit raya yang kami kumpul cukup untuk membayar tambang bas yang boleh dikatakan murah ketika itu,” katanya ketika mengimbas kembali kenangan rayanya sekitar 1979.\rAmiruddin berasa seronok dengan pengalamannya itu kerana ketika tinggal di kampung kelahirannya di Kampung Awat, Batu Anam, Segamat, kegiatannya ketika menyambut hari raya sangat terbatas. \rSelepas solat sunat Aidilfitri dan menziarahi pusara, beliau dan keluarga akan berkunjung ke rumah jiran dan saudara berdekatan, sebelum memerap di rumah kerana jumlah keluarga yang tinggal di situ agak kecil dan menyebabkan kemeriahan Syawal tidak begitu dirasai.\rSelain itu, di FELDA Semencu, anak jati Johor dan Ketua 1 Persatuan Penulis Johor ini berpeluang merasai juadah yang dianggapnya unik ketika itu seperti tempe, nasi ambang dan kuah lodeh yang menjadi juadah utama penghuni di situ yang kebanyakannya orang Jawa, Bugis, Banjar dan Boyan. \r\n\n\n\n\r“Pada mulanya, saya agak terkejut dan kekok menjamah makanan yang saya anggap pelik kerana setiap rumah pasti menghidangkan juadah yang sama. Rupa-rupanya, mereka juga pelik melihat juadah hari raya di rumah kami yang menyediakan nasi dagang sebagai menu utama,” katanya yang mengakui nasi dagang masih menjadi pilihan untuk juadah hari raya bagi dirinya sekeluarga sehingga kini.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|