View: 186|Reply: 0
|
Bisnes dunia: Pasaran Asia kembali kukuh
[Copy link]
|
|
Cubaan menyelamat krisis di zon euro rangsang harga sahamKEBANYAKAN pasaran Asia ditutup lebih tinggi semalam dirangsang berita bahawa mahkamah Jerman menolak cubaan menyekat sumbangan dana oleh negara itu bagi menyelamatkan krisis di zon euro, namun begitu keuntungan di pasaran Asia terganggu susulan pengambilan untung dikalangan pelabur.\rKenaikan awal terganggu seketika apabila pelabur mengambil kira data ekonomi yang lemah serta ucapan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berhubung langkah mewujudkan peluang pekerjaan.\r\n\n\n\n\rBursa Tokyo ditutup 0.34 peratus, atau 29.71 mata kepada 8,793.12, Seoul ditambah 0.72 peratus, atau 13.18 mata kepada 1,846.64 manakala Sydney 0.11 peratus, atau 4.6 mata lebih tinggi pada 4,188.0.\r\r\n\n\n\n\nBagaimana pun, Hong Kong turun 0.67 peratus, atau 135.18 mata, kepada 19,912.82 dan Shanghai jatuh 0.68 peratus, atau 17.15 mata kepada 2,498.94.\rMahkamah Perlembagaan Jerman memutuskan Berlin tidak melanggar undang-undang apabila menyertai mekanisme penyelamatan zon euro sekali gus melenyapkan halangan kepada usaha menyelamatkan Greece dan negara senasib yang lain. \rMahkamah utama negara itu yakin krisis di Zon Euro akan dapat dielakkan dengan menyelamatkan negara terbabit, namun mendesak parlimen Jerman supaya lebih tegas menghadapi krisis pada masa depan.\rLaporan Federal Reserve Beige Book Amerika Syarikat (AS) turut menjadi elemen yang merangsang sentimen membeli pelabur dengan penilaian yang lebih baik kepada ekonomi negara itu walaupun angka turut memaparkan kelemahan dalam sektor perkilangan dan pekerjaan.\r\n\n\n\n\rPasaran Asia turut menerima tempias daripada prestasi kukuh di Wall Street, dengan menunjukkan kebangkitan semula yang lebih mantap selepas mengalami prestasi teruk sebelum ini. \rDow Jones melonjak 2.47 peratus, S & P 500 melonjak 2.86 peratus dan pasaran Komposit Nasdaq naik 3.04 peratus.\rBagaimana pun, keuntungan awal di pasaran Sydney terganggu apabila pelabur mengambil kira data pengangguran yang meningkat bagi bulan kedua berturut-turut pada bulan Ogos kepada 5.3 peratus daripada 5.1 peratus pada bulan Julai. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|