CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 147|Reply: 0

Ulasan Pasaran: FBM KLCI ditutup lebih rendah

[Copy link]
Post time 20-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pelabur kurangkan pegangan akibat kebimbangan krisis hutang Eropah\rHARGA saham di Bursa Malaysia kekal dalam aliran harga rendah pada akhir dagangan semalam berikutan jualan asing, dengan pelabur mengurangkan pegangan ketika krisis hutang Eropah semakin buruk, kata peniaga.\r\n\n\n\n\r FTSE Bursa Malaysia KLCI susut 17.81 mata atau 1.245 peratus untuk ditutup pada 1,413.12, dengan kerugian dilihat kebanyakannya dalam saham berwajaran tinggi terpilih.\r\r\n\n\n\n\n  Prestasi pasaran yang dibuka 1.18 mata lebih tinggi pada 1,432.11, bergerak antara julat 1,411.8 dan 1,433.81 mata sepanjang dagangan semalam.\rKetua Penyelidik Jupiter Securities, Pong Teng Siew, berkata jika pasaran gagal mengekalkan paras sokongan pada 1,390 hingga 1,395, ada kemungkinan bursa saham tempatan akan terus susut.\rKira-kira AS$1.2 bilion dana asing dikeluarkan dari Malaysia pada Ogos oleh pelabur asing yang mencari aset yang lebih selamat seperti dolar Amerika Syarikat (AS), katanya.\rMalah, kata Pong terdapat cakap-cakap dalam pasaran bahawa Greece mungkin gagal membayar hutang negaranya dalam beberapa hari memandangkan ia tidak berupaya membayar dua bon kerajaan yang bersaiz besar, dijangka matang dalam tempoh beberapa hari ini.\r\n\n\n\n\rSelain itu, beliau berkata, pasaran juga menjangkakan pakej rangsangan selanjutnya daripada Rizab Persekutuan AS menerusi pakej bantuan kuantitatif (QE3) pada Rabu yang dapat meningkatkan pasaran.\rIndeks Kewangan Bursa Malaysia susut 142.05 mata kepada 13,195.74, Indeks Perladangan susut 4.41 mata kepada 7,211.83 dan Indeks Perusahaan turun 77.88 mata kepada 2,565.22.\rIndeks FBM Emas susut 113.6 mata kepada 9,626.73, Indeks FBM70 turun 110.03 mata kepada 10,339.22, manakala Indeks FBM Ace susut 51.8 mata kepada 3,697.69.\rKaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 496 berbanding 218 manakala 233 kaunter tidak berubah, 538 tidak diniagakan manakala 26 yang lain digantung.\rJumlah dagangan pasaran berkurangan kepada 724.373 juta saham bernilai RM1.352 bilion berbanding 729.269 juta saham bernilai RM1.529 bilion Khamis lalu. \rTiada dagangan pada Jumaat sempena cuti Hari Malaysia.\rJumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 570.926 juta unit bernilai RM1.33 bilion berbanding penutupan Khamis sebanyak 569.655 juta saham bernilai RM1.507 bilion.   Jumlah dagangan di pasaran ACE berkurangan kepada 90.637 juta saham bernilai RM13.117 juta berbanding 91.105 juta bernilai RM13.344 juta sebelumnya.\rWaran berkurangan kepada 57.957 juta unit bernilai RM3.475 juta berbanding 62.783 juta unit bernilai RM4.434 juta pada Khamis.\rMengetuai saham rugi ialah DiGi.Com, yang susut RM1.46 kepada RM30.50, diikuti Petronas Gas yang turun 96 sen kepada RM13.72 dan British American Tobacco yang rugi 44 sen kepada RM43.76.    \rAntara saham aktif, Takaso Resources susut 3.5 sen kepada 16 sen, Sime Darby susut 30 sen kepada RM7.70 manakala Eastern & Oriental menokok dua sen kepada RM1.56.   \rBagi kaunter berwajaran tinggi, Maybank susut empat sen kepada RM8.55, CIMB turun lapan sen kepada RM6.90 dan Petronas Chemicals turun 11 sen kepada RM6.05. \rBarangan pengguna menyumbang  80.764 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 62.521 juta, pembinaan 36.819 juta, perdagangan dan perkhidmatan 183.525 juta, teknologi 18.635 juta, infrastruktur 20.291 juta, kewangan 47.128 juta, hotel 223,000, hartanah 87.813 juta, perladangan 20.834 juta, perlombongan 5,000, REIT 3.077 juta dan dana tertutup 43,000. – BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.038191 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list