|
Konsert di Stadium Perpaduan Kuching, 19 November\rPEMINAT Maher Zain di Sarawak seharusnya tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan penyanyi yang terkenal menerusi lagu Insya-Allah itu apabila dia akan berada di Kuching, November depan.\r\n\n\n\n\rKonsert yang dinamakan Maher Zain Live In Sarawak ini akan berlangsung di Stadium Perpaduan Kuching pada 19 November. Harga tiket yang dikenakan adalah RM103, RM203 dan RM303 dan pre-jualan tiket akan mula dijual mulai 19 September sehingga 2 Oktober. \r\r\n\n\n\n\nSepanjang tempoh itu, peminat yang membeli tiket akan menikmati potongan harga sebanyak 10 peratus menerusi pembelian melalui online iaitu www.ticketcharge.com.my atau menghubungi talian TicketCharge 03-92228811. \rUntuk mendapatkan tiket VIP, peminat boleh menempahnya dengan menghubungi talian hotline Marctensia iaitu 03-20921199 atau emel kepada [email protected]\rDisebabkan ini adalah julung kali Maher menjejakkan kakinya ke negeri Sarawak, pastinya konsert ini bakal menarik ramai peminat di Bumi Kenyalang itu yang sebelum ini tidak berpeluang menyaksikan dua konsertnya di Kuala Lumpur. \rDan apa yang pasti, penampilan sulung Maher di Sarawak nanti bukan saja memikat penonton tempatan tetapi juga bakal mengundang peminat dari negara jiran tetangga untuk sama-sama berhibur dengan penyanyi itu.\r\n\n\n\n\rTidak dapat dinafikan, sejak lagu Insya-Allah dan Barakallah nyanyiannya mendapat sambutan, penyanyi berusia 30 tahun ini mempunyai ramai peminat dari seluruh pelusuk dunia. \rBuktinya, sejak membuka akaun di laman sosial Facebook dua tahun lalu, dia sudah berjaya mengumpul lebih dua juta peminat. Maher juga mencatat sejarah tersendiri apabila album Thank You Allah berjaya dijual sebanyak 120,000 unit dan dianugerahkan dengan enam anugerah platinum di atas kejayaan cemerlangnya itu di Malaysia. \rPada tahun yang sama, dia dinamakan sebagai individu yang paling kerap dicari dalam enjin pencarian Google di Malaysia. Justeru tidak hairanlah Maher terus menjadi kegilaan peminat di negara ini.\rUntuk keterangan lanjut bolehlah melayari laman sesawang marctensia.com.my atau hubungi talian 03-20921199.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
|
why jauh sangat cewah ....
so kat Kl bila ye ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|