View: 224|Reply: 0
|
'Warga Pakistan bunuh Rabbani'
[Copy link]
|
|
Kenyataan dari istana Presiden menyebut kematian utusan damai dirancang di Quetta\rKABUL: Pembunuh utusan damai Afghanistan, Burhanuddin Rabbani adalah warga Pakistan, kata satu kenyataan dari istana presiden Afghanistan semalam, memetik penyiasat sebagai berkata.\r\n\n\n\n\r “Bukti menunjukkan kematian Rabbani bulan lalu ‘dirancang’ di Quetta dan individu yang melakukan serangan bunuh diri ke atas Rabbani adalah warga Pakistan,” kata kenyataan itu.\r\r\n\n\n\n\n Ia menambah bahawa pembunuh tinggal di Chaman, bandar sempadan Pakistan berhampiran Quetta.\rRabbani, Pengerusi Majlis Tinggi Damai Presiden Hamid Karzai, dibunuh oleh seorang pengebom bunuh diri memakai serban di rumahnya di sini 20 September lalu.\rBeliau menganggap dirinya bertemu dengan seorang wakil yang membawa mesej khas daripada Taliban.\rKerajaan Karzai berusaha untuk memulakan rundingan dengan Taliban dalam cubaan menamatkan pemberontakan 10 tahun di Afghanistan namun tidak berhasil.\r\n\n\n\n\rJurucakap Karzai, Siamak Herawi, berkata semalam presiden sedang mengkaji strategi damainya, menambah beliau akan mendedahkan langkah seterusnya ‘tidak lama lagi.’\rDalam perkembangan berkaitan, kerajaan Afghan mahu melihat Pakistan membuktikan jaminannya untuk menggunakan pengaruhnya bagi membantu menamatkan pemberontakan Taliban, kata seorang jurucakap kementerian luar semalam.\rKenyataan itu muncul sehari selepas Karzai berkata beliau sudah berputus asa untuk cuba berunding secara langsung dengan Taliban dan kunci bagi menamatkan perang adalah bantuan Pakistan sebagai orang tengah.\rIa menambah kekecewaan mendalam pihak berkuasa Afghan berhubung ketidakupayaan mereka berurusan dengan satu halangan besar menamatkan perang di Afghanistan, syurga pemberontak menyeberangi sempadan di Pakistan. – AFP/AP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|