CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 157|Reply: 0

Lupakan sebentar Nur Amina

[Copy link]
Post time 4-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Tiz mahu peminat kenalinya dengan Soffiya pula\rMEMERHATIKAN tingkah laku Tiz Zaqyah apabila ditemu bual media, kadang-kadang terlintas juga dalam hati gelagatnya entah apa-apa. Tidak menjawab soalan yang diajukan, ketawa tanpa sebab yang melucukan dan kurang memberi tumpuan dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. \r\n\n\n\n\rMujurlah dia lahir dengan aura dan pesona yang menarik. Air mata, senyuman, tangisan, jeritan, ketawa dan langkahnya diperhatikan ribuan peminat sehingga lakonannya dalam drama bersiri seperti Nur Kasih berjaya menenggelamkan nama popular lain, sebaik saja drama itu ke udara satu kira-kira tiga tahun lalu.\r\r\n\n\n\n\nTidak puas dengan lakonan figura ini dalam drama, atas permintaan ramai, terbit pula Nur Kasih The Movie bagi mengubat kerinduan peminat terhadap watak yang mencetuskan fenomena dalam industri hiburan tanah air.\rTiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak mungkin bukanlah wanita paling cantik di layar kecil mahupun layar lebar, namun mungkin kerana aura yang ada pada dirinya, membuatkan pelakon ini dilihat cukup istimewa.\rSuara lembut dan lenggok tubuhnya yang ayu memakai tudung dalam Nur Kasih membuatkan ramai wanita terpegun dan mahu menjadi sepertinya. Tidak keterlaluan dikatakan watak bertudung yang dilakonkan olehnya berjaya mengubah penampilan beberapa peminat dan membuka pintu hati kalangan penonton wanita untuk menjadi seperti Nur Amina.\rBertemu pelakon kecil-molek ini pada sesi ramah mesra drama bersiri Soffiya, baru-baru ini, dia cuma berharap peminat lupa sebentar Nur Amina yang dibawanya menerusi drama dan filem Nur Kasih. Dia sebaliknya berharap, ruang diberikan pula kepada watak Soffiya, seorang mangsa perkosaan bapanya sendiri.\r\n\n\n\n\rPelakon filem Cinta Kura Kura yang bakal menjengah pawagam tidak lama lagi ini berkata, dia tidak menafikan watak Nur Amina sungguh kuat dan melekat dalam hati peminat sehingga watak lain yang dibawanya seakan tenggelam.\r“Saya melihat watak itu terus diingati kerana kekuatan skrip dan jalan cerita yang digarap pengarah. Bukan saya seorang saja yang membuatkan watak itu begitu dihargai kerana dengan sokongan pengarah, produksi dan pelakon lain selain jalan cerita yang hebat, ia menjadi satu drama yang terus diminati dan diperkatakan.\r“Sukar saya mahu komen mengenai watak Nur Amina yang saya bawa itu kerana yang lebih layak untuk mengkritik ialah peminat. Sekarang, saya sudah tinggalkan jauh-jauh Nur Amina dan mula mendalami watak Soffiya pula,”  katanya.\rMenurut Tiz, apa yang mampu diberikannya setiap kali berlakon ialah kerjasama, komitmen dan kesungguhan dalam menjayakan sesuatu watak.\r“Saya tidak mahu merebut terlalu banyak peluang lakonan. Ini kerana menjadi pegangan saya sebagai pelakon untuk mengambil sesuatu peluang dan tidak terlalu banyak berlakon dalam satu masa. \r“Saya mahu fokus. Untuk tahun ini saya cuma melakonkan watak Soffiya dan masih memikirkan untuk menerima tawaran lain,” katanya yang menafikan pendekatan itu diambil bagi menjadikan dirinya terlalu eksklusif di TV atau filem.\rMenurutnya lagi, dia percaya jika orang suka kepada  dirinya, mereka tidak akan melupakannya dengan mudah. \rAlasan untuk tidak mahu menerima terlalu banyak tawaran berlakon juga adalah kerana dia tidak mampu menghayati banyak watak pada sesuatu masa.\r“Oleh itu, saya tidak ambil semua watak yang ditawarkan,” katanya sambil memberitahu kehadiran nama baru dalam industri dilihat sebagai satu perkembangan yang baik dan dirinya tidak langsung rasa tergugat, kerana dia membabitkan diri dalam lakonan kerana minat yang mendalam.\rBerbicara soal watak Soffiya yang dibawakan olehnya dalam drama  28 episod, Tiz berkata, wanita itu dilihat mempunyai kekuatan tersendiri dan dia cukup selesa membawakan watak berat sedemikian.\r“Saya selesa bawa watak berat kerana menganggap ia sebagai sesuatu yang mencabar dan mampu memberikan kesan kepada penonton apabila dipertontonkan.\r“Watak dirogol bapa sendiri satu perkara yang tidak dialami semua orang. Saya belajar berimaginasi dengan watak seperti itu untuk lebih menghayati perasaan gadis yang dinoda orang tuanya. Pengarah juga meminta saya menjiwai watak gadis yang dirogol secara semula jadi, dan saya cuba membuka naluri ke arah perasaan gadis bernama Soffiya,” katanya.\rJelasnya, Soffiya ialah gadis kampung yang berbeza dan dia perlu menghayati dan menjiwai tekanan emosi yang dihadapi gadis berkenaan.\r“Saya seronok berlakon drama ini kerana pengarah dan pelakon cukup akrab. Ini pengalaman yang baik untuk saya. Saya percaya jalan cerita sesebuah drama yang baik akan membuatkan drama itu lebih berjaya,” katanya lagi.\rTutup Twitter elak khayal, ketagih\rKETIKA ditanya mengenai keputusannya untuk menutup akaun Twitter yang menjadi medan perantara dirinya dengan peminat, Tiz mempunyai jawapan tersendiri.\r“Ya, saya sudah menutup akaun Twitter saya. Saya tak dapat memfokuskan diri apabila menggunakannya untuk berhubung dengan peminat dan rakan. Saya khayal dan sangat ketagih. Oleh itu, saya buat keputusan untuk menutup Twitter saya,” katanya.\rKatanya, dia juga tidak menafikan kadang kala pujian yang diberikan di laman sosial itu turut mengkhayalkan dirinya dan disebabkan itu dia sedar supaya tidak terus berada dalam dunia pujian yang mampu mengkhayalkan, lebih baik dia berhenti saja daripada menggunakannya.\r“Saya kini lebih selasa apabila tidak lagi mempunyai akaun Twitter. Saya boleh fokus dan tidaklah 24 jam dengan laman sosial itu. Jadi, tidak adanya Twitter, saya juga tidak mengeluarkan kenyataan atau ‘tweet’ perkara yang bukan-bukan tanpa sedar,” katanya yang mengakui sudah dua tahun menggunakan laman sosial berkenaan.\rKatanya lagi, peminat boleh mengubat kerinduan dengan melayari laman sosial Facebooknya, Tiz Zaqyah Zak, kerana dia masih aktif di laman berkenaan untuk bertemu peminat secara alam maya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.035182 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list