View: 175|Reply: 0
|
Pesta Tanglung, Kuih Bulan rapatkan hubungan kaum
[Copy link]
|
|
PESTA Tanglung dan kuih bulan yang menjadi tradisi perayaan masyarakat Cina bukan saja diraikan oleh bangsa itu malah turut mendapat sambutan semua bangsa.\rBuktinya, seramai 200 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Selayang Bharu, Selangor termasuk guru dan ibu bapa menyertai Pesta Tanglung dan kuih bulan anjuran Persatuan Cina sekolah itu.\r\n\n\n\n\r Tapak perhimpunan sekolah mula riuh seawal jam 7 petang dengan pelbagai program seperti pertandingan membuat tanglung, teka teki, persembahan dan acara kemuncak perarakan tanglung yang turut disertai oleh Ahli Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Datuk Subahan Kamal, Pegawai Penyelaras Parlimen Selayang, Jessie Ooi Hui Wen dan Pengetua SMK Selayang Bharu, Arfah Abd Rahman.\r\r\n\n\n\n\n Apa yang menarik, tetamu yang datang ke Pesta Tanglung tidak ketinggalan menyertai perarakan tanglung sejauh satu kilometer mengeliling kawasan perumahan berdekatan dengan sekolah itu.\rPenyelaras program, Joe Ku Siew Fung, berkata aktiviti ini adalah kali kedua peringkat sekolah dan mendapat sambutan luar biasa daripada pelajar sekolah, guru-guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).\rKatanya, walaupun dianjurkan Persatuan Cina, ia tidak menghalang pelajar lain berkumpul dan meraikan pesta yang menjadi tradisi masyarakat Tionghua.\r“Sebanyak 250 buah tanglung disediakan tidak termasuk empat buah tanglung besar untuk tetamu jemputan. Sebanyak 15 tanglung ciptaan pelajar terdiri daripada pelbagai kaum menyertai pertandingan tanglung pada sebelah petang.\r\n\n\n\n\r“Penyertaan bukan daripada pelajar Cina membuktikan konsep 1Malaysia seperti yang diamanahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Sebagai penganjur, kami begitu terharu dengan penyertaan berbilang kaum yang turut sama berarak sambil memegang tanglung,’’ katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.\rProgram itu turut memberi khabar gembira kepada sekolah apabila sejumlah RM5,000 disumbangkan kepada SMK Selayang Bharu bagi menampung kos penyelenggaraan.\rSementara itu, Subahan ketika berucap melahirkan rasa bangga apabila melihat pembabitan pelajar sekolah itu yang tidak melupakan tradisi nenek moyang masyarakat Cina. \rUsaha itu katanya, diharap menjadi contoh kepada sekolah dalam negara ini supaya pelajar diberikan pendedahan mengenai budaya setiap kaum.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|