|
4 SPESIS BOSS ...!
Boss boleh saja (kalau mahu) dikategorikan kepada empat spesis iaitu; Bos Yang Teruk; Bos Yang Elok; Bos Yang Cemerlang; dan Bos Yang Malang.
1. Bos Yang Teruk.
Hanya pandai mengarah dan marah. Dia sendiri tak pandai buat, sebab dia belum pernah buat. Dia dapat jadi bos, sebab ada degree dan sebab dah lama kerja. Kalau orang bawah tanya, dia jawab "tak kan itu pun nak tanya saya". Sebenarnya dia sendiri tak tahu nak jawab. Namun begitu dia cukup cekap melihat kesilapan orang bawah tapi jarang perasan kerja-kerja yang telah begitu banyak disempurnakan oleh orang bawahnya ..!
2. Bos Yang Elok.
Dia boleh beri tunjuk ajar. Jika orang bawah buat silap, dia akan betulkan. Kalau orang bawah tanya, dia tunjukkan jalan atau cara nak membuatnya. Dia boleh tunjuk, sebab dia dah pernah buat.
3. Bos Yang Cemerlang.
Dia boleh merangsang orang bawah buat kerja tanpa di arah atau di marah. Kalau orang bawah tanya, dia jawab, “buatlah ikut kesesuaian, tanpa melanggar sebarang peraturan. Yang pentingnya objektif organisasi kita yang telah kita persetujui bersama tercapai".
4. Bos Yang Malang.
Semua kerja dia kena buat sendiri. Anak buah seorang pun tak boleh di harap. Kalau orang bawah tanya, dia terus nangis. Kesian dia !
Soalan ?
A. Apakah spesis boss anda ?
B. Kalau anda adalah boss, apakah spesis yang rasanya sesuai untuk anda?
.
|
|