View: 115|Reply: 0
|
Peguam Syarie Menulis: Sindiket nikah palsu jejas sistem perkahwinan Islam
[Copy link]
|
|
Pasangan kena ikut lunas syarak, peraturan ditetapkanSAYA amat terkejut ketika membaca akhbar yang melaporkan wujudnya sindiket nikah palsu aktif di Pulau Pinang. Akhbar terbabit melaporkan pasangan yang hendak berkahwin tidak perlu lagi bersusah payah melangsungkan pernikahan mereka di luar negara seperti Narathiwat, Songkhla, Yala, Medan atau Batam yang dikaitkan dengan istilah kahwin lari. \rMelalui sindiket terbabit, pasangan yang ingin bernikah hanya perlu mendapatkan surat nikah pilihan masing-masing daripada broker yang menyamar sebagai jurunikah dengan bayaran ratusan ringgit bagi setiap surat nikah yang dicetak sendiri. Sindiket ini juga dikatakan memberi perkhidmatan jika ada pasangan dari negara ini atau mereka yang ingin bernikah dengan warga asing diberi pilihan memohon surat pernikahan dari mana-mana pejabat agama Islam negeri lain di Malaysia termasuk Thailand, namun bayaran tinggi.\r\n\n\n\n\rPerkara ini perlu dibendung kerana akan memberi kesan kepada sistem perkahwinan Islam serta perkara ini mengundang wujudnya pernikahan tidak sah kerana tidak memenuhi syarat serta rukun pernikahan. \r\r\n\n\n\n\nPerkahwinan adalah ibadah murni disyariatkan Allah S.W.T. kepada hamba-Nya. Hikmah perkahwinan sangat besar dan banyak manfaatnya. \rJusteru itu, pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga perlu mengikut lunas syarak serta peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan perkahwinan menjadi tidak sah. Pernikahan yang tidak mengikut saluran undang-undang menjadi kesalahan serta boleh didakwa di Mahkamah Syariah kerana berkahwin dengan tidak mengikut saluran undang-undang. \rTerdapat kesalahan berkaitan dengan perkahwinan yang sengaja dilakukan masyarakat sehingga ada perkahwinan dijalankan memberi kesan kepada pengesahan perkahwinan. Ini berlaku sekiranya pernikahan itu tidak memenuhi rukun serta syarat digariskan syarak. \rHakikatnya dalam Akta mahupun Enakmen Undang-Undang Keluarga setiap negeri ada memperuntukkan kesalahan membabitkan perkahwinan serta menetapkan hukuman tertentu bagi kesalahan tertentu. Sekiranya kita merujuk kepada peruntukan undang-undang contohnya Seksyen 40 (1) (a) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 menyatakan menjadi kesalahan sekiranya seseorang itu mengakadnikahkan atau berbuat sesuatu yang berupa mengakadnikahkan atau menjalankan upacara perkahwinan tanpa ada kebenaran berkahwin. \r\n\n\n\n\rKeadaan ini berlaku apabila wujudnya sindiket perkahwinan yang menggunakan seseorang itu sebagai imam jurunikah yang kebiasaannya tiada tauliah. Mengikut undang-undang sesiapa saja yang menjalankan pernikahan atau menjalankan upacara perkahwinan tanpa kebenaran undang-undang, adalah menjadi kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara.\rPerbuatan ini dikira sebagai kesalahan dalam dua keadaan. Pertama adalah sekiranya akad nikah itu dijalankan di hadapan imam jurunikah tanpa kehadiran dua saksi yang boleh dipercayai dan dua saksi itu hendaklah tidak termasuk orang yang mengakadnikah. Ini bermakna perkahwinan mestilah dihadiri dua saksi dipercayai dan pernikahan tidak boleh dijalankan tanpa kehadiran dua saksi kerana dua saksi adalah rukun kepada perkahwinan selain daripada suami isteri wali serta ijab kabul.\rKeadaan kedua pula adalah apabila akad nikah dijalankan dengan tanpa kebenaran jika perkahwinan itu membabitkan wanita yang bermastautin di Selangor. Persoalannya apakah yang dimasukkan dengan tanpa kebenaran itu? Ia bermaksud perkahwinan dijalankan dengan tanpa mendapat kebenaran dari Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk (Pendaftar). Dimaksudkan dengan kebenaran adalah di dalam keadaan Pendaftar berpuas hati sahnya perkahwinan yang dicadangkan itu dari rukun serta di dalam keadaan lelaki itu sudah berkahwin kebenaran mahkamah untuk lelaki itu berpoligami diberikan. Akad nikah dikira tidak mendapat kebenaran Pendaftar sekiranya kebenaran tidak diberikan jika pendaftar tidak berpuashati dengan keadaan di atas.\rSelain itu juga undang-undang menetapkan jika seseorang itu berkahwin atau berbuat sesuatu yang berupa akad nikah atau yang menjalani cara akad nikah dengan sesiapa juga berlawanan dengan mana-mana peruntukan undang-undang dalam Bahagian II adalah melakukan kesalahan dan hendaklah didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.\rPeruntukan ini secara jelas diperuntukkan di dalam Seksyen 40 (2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dan peruntukan ini dikenakan kepada suami atau isteri yang melakukan akad nikah. Apa yang perlu difahami, perkara terkandung dalam Bahagian II adalah segala perkara berkaitan perkahwinan. Setiap perkahwinan ditetapkan syarat dan undang-undang yang perlu dipatuhi agar perkahwinan itu sah dari sudut hukum syarak dan undang-undang. \rJusteru, perkahwinan tidak boleh berlawanan dengan Bahagian II ini yang menggariskan panduan bagi tujuan perkahwinan iaitu orang yang boleh mengakadnikahkan perkahwinan, umur minimum untuk perkahwinan, pertalian yang melarang perkahwinan, orang dari agama lain, perkahwinan tak sah, perkahwinan perempuan dan lain-lain lagi.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|