|
kurun ke berapa punya thread ni |
|
|
|
|
|
|
|
Sabtu
Bahang di muka mengejutkan Ajis. Matanya pedih apabila ditembak silau terang dari pintasan matahari siang dari celahan langsir. Dia tak sedar bila tertidur, sedar-sedar dah tengahari. Ajis mengeluh dan tergelak sendirian. Macam ni rupanya rasa putus cinta. Pedih. Okaylah, sekurang-kurangnya dia dah tahu macam mana rasanya.
Hari ini dia nak berkurung dalam bilik siapkan tugasan Dr Salwa. Lantaklah apa yang terjadi di antara dia dan Nadira. Ajis perlu siapkan laporan tersebut, tidak, dia mahu siapkan laporan itu. Harapannya kesibukan akan mengalihkan minda dari teringatkan Nadira.
Betul lah kata orang, bila kita fokus membuat sesuatu waktu akan berjalan dengan pantas. Makan tengahari yang dikirim dari Weng Seng sampai sejuk tak bersentuh. Dari matahari tegak atas kepala sampailah terbenam, Ajis masih menaip kekunci laptop HP antik kesayangannya.
Tepat pukul 10 malam, dia menamatkan paragraf terakhir.
"Prepared by Aziz Mohamed & Nadira Tajuddin"
Nadira Tajuddin.
Dadanya berat. Ahhh sudah lah. Ajis menuju ke tingkap bilik mengeliat sambil menghembus asap rokok. Menikmati keindahan pemandangan malam dari tingkap bilik.
Trankuiliti.
Getaran NOKIA di atas meja kayu memecah ketenangan Ajis. Nombor tidak bernama terpapar. Walaupun tak disimpan nombor itu, Ajis sangat tahu siapa yang menghubunginya. Ajis decline panggilan dan terus mematikan telefon bimbit. Blues kembali menyerang. Dia kembali ke tingkap untuk cuba menenangkan fikiran. Bunyi hon berkali-kali berdekatan pondok pengawal menarik perhatiannya.
Fiat Punto warna putih membunyikan hon berkali-kali sehingga terdapat kekecohan di bawah.
Ajis bergegas turun. Jantungnya berdegup kencang semakin dia menghampiri Fiat Punto. Beberapa pengawal keselamatan cuba menyuruh pemandu untuk tidak menganggu. Sayup-sayup Ajis nampak sillhoute yang amat dikenali duduk di ruangan pemandu.
"It's okay, I know her" Ajis menenangkan keadaan.
Pintu kereta bahagian penumpang dibuka dan terus masuk. Sebaik sahaja Ajis dalam perut kereta, Fiat Punto meninggalkan pekarangan kolej kediaman.
Sepuluh minit berlalu dan masih tiada sepatah perkataan diucapkan. Ajis nak tengok Nadira pun dia tak berani. Tapi sampai bila nak senyap macam ni?
"Nadira..." Ajis cuba break the ice.
"So this is it huh? You nak tinggalkan I macam tu je?" Balas Nadia dengan nada tinggi.
"Huh? Tinggalkan you? Siapa tinggalkan you?"
"YOU LAH!" Bentak Nadia.
"You know what. I had enough of this bullshit. I nak turun, just stop kat depan tu" Ajis dah tak faham. Hari tu cakap ada feeling kat ex, sekarang ni marah-marah kata dia tinggalkan pula. Apa ni?
Ajis dah malas nak menjebakkan diri dengan kancah percintaan yang dia memang tak faham. Tak apa lah dia jalan kaki malam-malam buta balik ke bilik.
Kereta Fiat Punto berhenti tepi jalan. Ajis buka pintu tapi berkunci. Tiba-tiba Nadira meraung di sebelahnya. Ajis panik. Nak buat macam mana ni? Takkan nak usap-usap belakang badan, mau kena lempang nanti. Teragak-agak Ajis cuba pegang bahu Nadira yang ternaik-naik.
"I want you..." Kata Nadira perlahan.
"Huh?" Ajis buat-buat tak dengar. Bukanlah tak dengar tapi cuma nak mempastikan apa yang didengarnya sebentar tadi.
"I want you, I need you, I love you" Ucap Nadira melihat ke arah Ajis sambil teresak-esak.
Ajis ternganga.
"Okay..." Itu aja yang mampu diucapnya.
"Okay? Itu aje?"
"Habis tu? You nak I cakap ape lagi?"
"Cakaplah I love you back!" Marah Nadira sambil mencubit lengan Ajis.
"Sakitlah!"
Mereka berpandangan sambil tersenyum. Perlahan-lahan Nadira membaringkan kepala di bahu Ajis. Dada Ajis rasa lapang sangat dan rasa macam nak terbang pun ada.
"Nadira..."
"Ya..." Balas Nadira.
"Saya cintakan awak"
"Eeuuwwww" Nadira bingkas bangun dari bahu Ajis sambil ketawa terkekek-kekek.
"Geli gile..." Kata Nadira lagi.
"Hey..hey..are you trying to spoil this moment?" Balas Ajis.
"I gurau je...janganlah marah sayang..." Nadira berkata dengan wajah manjanya.
Nak gugur jantung Ajis.
"Well..I think we should moved sebelum ada orang ketuk tingkap. Tak pasal-pasal je nanti" Kata Ajis diikuti gelak tawa kedua mereka.
Nadira memandu tanpa hala tuju, tapi tak mengapa. Dia bahagia bersama Ajis. Pergi mana-mana pun tak kisah.
Kereta Fiat Punto membelah kegelapan malam. Tanpa disangka-sangka, Nadira terdengar esakan di sebelahnya.
"Sayang...are you crying?" Tanya Nadira.
Nadira toleh di sebelahnya dan kelihatan air mata bercucuran keluar dan membasahi pipi.
"Sayang, Baby, kenapa ni! I risaulah!" Tanya Nadira yang semakin tak keruan.
"Nadira sayang, thank you...terima kasih...kerana bagi I peluang to relived this moment again...thank you...thank you.."
Nadira hampir terlupa. Air matanya juga bercucuran keluar. Dia melirik ke arah jam digital di dashboard camera.
"11:58"
"Nadira...I just you nak you tahu, selama ni I cintakan you...mungkin bukan jo..."
"Shh..it's okay Ajis, jangan cakap apa-apa. Let just enjoy the moment that we have"
"I love you Nadira..." Kata Ajis melihat ke arah Nadira.
"I love you too..." Nadira membalas pandangan Ajis.
Cahaya putih muncul dan pemandangan menjadi terang, terang, terang...
terang...
Ahad
Mata dibuka. Beberapa sillhoute orang yang pada mulanya kabur menjadi semakin jelas. Beberapa saat kemudian wajah-wajah dikenali mula mengelilinginya.
"Datin Nadira, please follow my fingers with your eyes" Doktor Ashley Weston menyuluh mata anak mata Nadira menggunakan alat.
"She's good" Kata Dr Ashley kepada ahli keluarga Nadira.
Saiful, anak Nadira paling bongsu bergegas menolongnya apabila dia cuba bangun dari kerusi.
"Ma, perlahan ma, mama tak boleh terus bangun macam tu je" Nasihat Saiful memapah ibunya sambil ditolong oleh dua orang anak remajanya.
Nadira terlupa yang dia sudah berusia 82 tahun ketika itu. Otaknya masih belum 100% 'bangun' dari kehidupan virtual selama 6 hari. Perlahan-lahan Nadira kembali ke alam nyata dan dia melihat semula memori ketika zaman mudanya bersama Ajis.
60 tahun berlalu kali terakhir dia dan Ajis bertemu. Walaupun mereka melafazkan cintatapi jodoh untuk bersama memang tiada. Dua minggu selepas pertemuan malam itu Nadira di hantar belajar ke luar negara oleh bapanya untuk memutuskan hubungan dengan Ajis. Banyak perkara melibatkan keluarga membuatkan mereka tidak dapat bersama.
Akhirnya Ajis dan Nadira membawa haluan masing-masing. Nadira berkahwin dengan Remy dan Ajis meneruskan kehidupan.
Minggu lepas Nadira menerima panggilan dari seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai anak Ajis. Menurut wanita itu, ayahnya diserang stroke dan kini dalam keadaan koma. Waktu sihatnya, dalam diam, Ajis mendaftarkan dirinya ke program iMinda, projek radikal Kementerian Sains dan Teknologi dimana teknologi pada zaman kini boleh menyimpan memori ingatan manusia dalam bentuk digital ke dalam Cloud.
Memori tersebut boleh di ubah-ubah sehingga orang yang sudah meninggal dunia boleh 'dihidupkan' secara digital. Teknologi iMinda diguna oleh Barat untuk tujuan program 'kehidupan abadi' di dunia virtual. Cuma di Malaysia, program iMinda dibataskan penggunaan berteraskan ajaran Islam dan digunapakai secara khasnya oleh pihak berkuasa dan untuk kes-kes tertentu, bergantung berapa banyak duit dibayar, boleh digunakan untuk kembali ke masa silam melalui memory tracing ke dalam otak.
Menurut Hazlin, anak sulung Ajis, ayah dan ibu bernikah beberapa tahun selepas Ajis tamat pengajian. Ajis dan isteri dikurniakan 5 orang anak. 10 tahun selepas kelahiran anak bongsunya, Ajis bercerai dengan isteri dan hidup sendirian sehinggalah diserang stroke baru-baru ini.
Permintaan terakhir ayahnya adalah untuk mengenang kembali memori dengan cinta agungnya iaitu semasa umurnya 21 tahun. Nadira yang dah bersumpah untuk tidak kembali lagi ke Malaysia, pulang dari Vienna untuk menghormati permintaan Ajis.
Mereka berkumpul di wad Ajis. Nadira dan tiga anaknya, kelima-lima anak Ajis dan bekas isteri semua disekeliling. Ajis sudah di isytiharkan mati otak dan keluarganya sudah memutuskan untuk mematikan suis life support.
"Before we proceed with the procedure, I am giving one last chance to say goodbye personally" Kata Dr Ashley.
Mereka berpandangan. Bekas isteri dan anak-anak Ajis melihat ke arah Nadira sambil mengangguk senyum, memberitahu Nadira bahawa dia diberi keistimewaan tersebut.
Nadira menghampiri Ajis dan membisik ke telinga Ajis.
Air mata Ajis berlinangan di sebalik bunyian mesin life support.
Prosedur mematikan life support dimulakan. Tepat pukul 7 pagi, Ahad, Ajis menghembuskan nafasnya yang terakhir.
|
|
|
|
|
|
|
|
ha setel dah. Page ke 7 ngam-ngam. Ingatkan nak cukupkan 7 tahun
so sumpahan cerita ni dah settle. Boleh lah aku start citer baru lepas ni |
|
|
|
|
|
|
|
Awat mokcun tak perasan cita damm ni...
Best jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Endingnya mcm rushing but understood...this is cerpen
Apa pun, best! |
|
|
|
|
|
|
|
Xbrjodoh rupanya....realiti pun byk yg mcm ni...
Tamat sudah..7pge 5 thun..mampoooo??
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha damm terus sambung kasik abis. Tq damm.
7 hari 7 page 5 tahun.. sabor jela |
|
|
|
|
|
|
|
Nice one TT |
|
|
|
|
|
|
|
phew........da abis!congrats damm.....
tapikan.....macam tak settle je cerita pasal ajis...
apapun best jugak....congrats again!
|
|
|
|
|
|
|
|
Congrats dear....Nice story |
|
|
|
|
|
|
|
Ending sedih~mengalir gakla lelehan air mata..tak sgka dam ade sisi lain selain sisi kat MPS |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnyaaaa rasa nak nangis |
|
|
|
|
|
|
|
da ade cerita lain ke dam?haha saje terjah benang lama-lama
|
|
|
|
|
|
|
|
Very the akasia
Elemen drama kurang
Terlalu bnyk cliche
Plot twist hny dihujung
Tu pun susunan mcm tergesa2
But still garapan yg baik sbb susunan ayat dan perjalanan cerita mdh difahami
Detail yg dimskkan dlm cerita pun kemas
Sambil baca blh bygkan suasana sekitar dlm satu2 situasi tu
Dialog bgs dgn gaya percakapan harian minus part romance
Good job abg damm
|
|
|
|
|
|
|
|
baru baca... sedap gak, tapi hujung2 tu mmg rasa abg Dam nak abiskan cepat2 je..
terbaik abg Dam... berapa taun nak abiskan tu heheheh
Nasib baik tak folo dulu2... kalau tak memang sakit jiwa nak tunggu heheheh
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|