View: 91|Reply: 0
|
Iqra: Belajar mengawal nafsu dalam diri
[Copy link]
|
|
Judul: Biografi Nafsu Manusia\rPenulis: Muhammad Hasan Al-Basri\rPenerbit: PTS Millennia Sdn Bhd\r\n\n\n\nPengulas: Hasliza Hassan\rHarga: RM13 (Semenanjung Malaysia) RM15 (Sabah dan Sarawak) \r\r\n\n\n\n\nAPABILA nafsu itu baik, kita menjadi khalifah Allah dan memakmurkan bumi. Apabila nafsu kita buruk, maka kita menjadi musuh Allah, menghancurkan bumi dan menjadi sekutu syaitan.\rBuku Biografi Nafsu Manusia menyajikan selok belok nafsu manusia secara terperinci dan bagaimana kita mampu membawanya ke arah yang baik selain mendedahkan teknik serta pujuk rayu nafsu jahat bersama sekutunya, syaitan.\rMembaca buku ini seolah-olah kita berkenalan dengan si buas dalam diri iaitu nafsu. Mengenali sifat nafsu dapat membantu kita mengekang ia daripada menguasai diri dan kekuatan iman mampu mengawal serta mendidik nafsu daripada menjerumuskan kita ke lembah maksiat.\rSalah satu karakter utama nafsu adalah sifat meminta supaya keinginannya dipenuhi terus menerus. Apabila dipenuhi, ia akan terus meminta lebih banyak lagi dan siapa tidak berhati-hati, akan tewas kepada pujukan nafsu.\r\n\n\n\n\rNamun, di sebalik sisi hitam itu, nafsu ada sisi putihnya yang jika diteliti mampu membawa kita mencapai keredaan Allah.\rImam al-Ghazali memberikan beberapa panduan untuk mengenal pasti bisikan baik ataupun buruk dengan mempertimbangkan tiga perkara iaitu menyesuaikan hati kepada hukum syarak bersumberkan al-Quran dan hadis.\rMembandingkan atau menyesuaikan bisikan hati dengan amalan orang soleh kerana bisikan baik sesuai amalan baik maka begitu juga sebaliknya. \rKetiga ialah membandingkan atau menyesuaikan bisikan hati dengan hawa nafsu kerana jika bisikan itu tidak bertentangan al-Quran serta hadis dan nafsu dapat menerimanya, itu menunjukkan bisikan baik.\rBuku Biografi Nafsu Manusia yang dibahagikan kepada empat bab memberi peluang pembaca yang sudah mengenali kategori nafsu untuk mengulangkaji jenis serta peringkat nafsu selain gambaran nafsu supaya dapat difahami konflik nafsu dengan mudah.\rTidak ketinggalan, disertakan panduan menundukkan hawa nafsu yang menghalang cita-cita hamba mendekatkan dirinya kepada Allah. \rGodaan syaitan dapat diatasi dengan memeranginya sementara kecintaan kepada manusia melalui cara menjauhkan diri. Namun, menundukkan nafsu tidak semudah disangka kerana nafsu baik atau jahat bersatu dalam diri manusia.\rMalah, Nabi Muhammad SAW menyatakan memerangi hawa nafsu lebih berat daripada memerangi orang kafir kerana berperang melawan nafsu tidak dapat dilihat secara zahir dan perlu dilakukan berterusan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|