CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 185|Reply: 0

Khutbah Jumaat: Mukmin dituntut jaga kebersihan diri, persekitaran

[Copy link]
Post time 11-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MEWUJUDKAN suasana yang bersih serta selesa menjadi satu tuntutan kerana ia berkait rapat dengan menjaga kesihatan. Islam menyukai orang yang cintakan kebersihan serta sentiasa menjaga kebersihan diri kerana sihat adalah nikmat Allah SWT besar nilainya yang perlu dijaga dan dipelihara.\rFirman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri.” (Surah al-Baqarah, ayat 222) \r\n\n\n\n\r  Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Kebersihan itu sebahagian daripada iman.” (Hadis riwayat Muslim) \r\r\n\n\n\n\n  Ulama memberi perhatian penting mengenai kebersihan apabila memulakan perbincangan dalam kitab fiqh dengan bab taharah. Ini membuktikan Islam, nabi dan alim ulama mengambil pelbagai inisiatif memberi kefahaman menjaga dan mengamalkan kebersihan yang sangat dituntut  agama.\rIslam menggalakkan umatnya membersihkan diri sebelum melakukan ibadah. Apabila hendak mendirikan solat perlu terlebih dulu memastikan diri, pakaian dan tempat solat bersih serta terhindar daripada segala najis. \rJika soal kebersihan diabaikan, sudah tentu solatnya tidak sempurna ataupun tidak sah. Umat Islam juga hendaklah peka dan bertanggungjawab untuk menjadikan tempat ibadah iaitu masjid atau surau sentiasa dalam keadaan bersih termasuk kemudahan disediakan seperti tandas.\rSabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Masjid ini tidak boleh dicemari oleh najis dan kekotoran kerana ia adalah tempat untuk berzikir kepada Allah SWT dan membaca al-Quran.” (Hadis riwayat Muslim) \r\n\n\n\n\rNamun, masih ramai kalangan umat Islam tidak menghayati tuntutan menjaga kebersihan, sama ada kebersihan diri sendiri atau persekitaran. Tanggungjawab itu selalunya diserahkan kepada pihak lain, sedangkan Islam menetapkan menjaga kebersihan tanggungjawab setiap orang Islam yang beriman.\rSyaikh al-Islam Ibnu Tamiyyah menyatakan, sunnah Rasulullah datang dengan membawa ajaran untuk menghindari kekotoran yang ada pada tubuh badan manusia, seperti dia juga datang dengan membawa ajaran bagi menghindari kekotoran rohani.\rLambang kebersihan seseorang selain daripada diri dan pakaiannya dapat dilihat dari keadaan persekitaran kediaman. Kediaman yang bahagia sentiasa menjaga keindahan dan kebersihan di dalam dan luar rumah supaya kelihatan cantik serta memberi ketenteraman kepada penghuni rumah.\rSabda Rasulullah SAW yang maksudnya: “Bersihkan halaman kamu, kerana sesungguhnya orang Yahudi tidak membersihkan halaman rumahnya.” (Hadis riwayat at-Tabarani) \rMengabaikan amalan kebersihan akan menyebabkan mudahnya tersebar pelbagai penyakit. Ia juga menyumbang kepada suasana alam sekitar tidak sihat. Kita digalakkan menjaga kebersihan alam sekitar daripada  pencemaran dan kemusnahan, di samping mengekalkan keindahan alam semula jadi.\rSatu lagi aspek kebersihan yang perlu dijaga dan diurus dengan baik ialah pengurusan sisa pepejal iaitu sampah-sarap, sisa buangan atau pembungkusan.\rBerdasarkan laporan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal  Negara pada 2005, jumlah sisa pepejal yang kita keluarkan sebanyak 19,000 tan sehari dan hari ini meningkatkan sebanyak 27,000 tan sehari. \rAntara penyebab meningkatnya sisa pepejal ini ialah perubahan gaya hidup seperti penggunaan makanan segera yang menghasilkan banyak sisa buangan dan sikap manusia mengabaikan tanggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar.\rSempena sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan 2011, hari ini, marilah bersama membudayakan amalan kebersihan dengan menjaga alam sekitar terutama sumber air sebagai asas kepada ibadat, menjaga persekitaran, mengurus sisa pepejal dengan penuh tanggungjawab.\rKhutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 43427 Replies : 450
Tak bayar cukai budaya kito, lebih 200 ribu orang disekat ke luar negara
maklukpenggodaTak bayar cukai budaya kito, lebih 200 r
Views : 38640 Replies : 26
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50035 Replies : 164
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145804 Replies : 2469
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39558 Replies : 48
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276652 Replies : 8079
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38725 Replies : 32
Pulau Pinang jadi pusat perumahan mampu milik terbesar di Malaysia
AbahmungPulau Pinang jadi pusat perumahan mampu
Views : 42900 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.052194 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list