CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 169|Reply: 0

PPJB bantu pelajar sekitar JB, Melaka

[Copy link]
Post time 16-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
POLITEKNIK Premier Johor Bahru (PPJB), baru-baru ini menjayakan program tanggungjawab sosial menerusi penganjuran Program Kem Motivasi kepada 139 Pelajar Tingkatan Lima daripada 13 sekolah sekitar Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.\rProgram anjuran bersama Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi berlangsung di PPJB selama tiga hari dua malam.\r\n\n\n\n\r  Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Pengajian Politeknik, Datuk Mohlis Jaafar, berkata program seumpama itu memberi penerangan mengenai peluang melanjutkan pengajian di semua politeknik seluruh negara.\r\r\n\n\n\n\n  Katanya, usaha murni itu membolehkan pelajar mendapat pendedahan awal mengenai program pengajian bagi memenuhi pasaran kerja yang bersifat kompetitif berdasarkan kelayakan dan minat mereka.\r“Pelajar yang mengambil bahagian ialah tiga dari Melaka iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Baru dan SMK Seri Tanjung, SMK Dang Anum (Melaka).\r“Peserta dari Negeri Sembilan adalah pelajar SMK Pasir Panjang, SMK Bukit Saujana dan SMK Anjung Batu (Negeri Sembilan),” katanya pada majlis perasmian dan penutup kem berkenaan baru-baru ini.\rManakala pelajar dari Johor pula kata Mohlis ialah dari SMK Seri Mersing, SMK Pasir Gudang, SMK Pasir Gudang 2, SMK Pasir Gudang 3, SMK Megah Ria, SMK Bandar Seri Alam dan SMK Pengawa Timor dari Johor.\r\n\n\n\n\rAntara pengisian sepanjang program berkenaan ialah peserta berpeluang mengikuti sesi ceramah bertajuk ‘Anak Soleh Anak Cemerlang’ disampaikan pensyarah Jabatan Pengajian Am, Hamdan Abu Bakar. \rPeserta turut diberikan taklimat oleh wakil PPJB, Md Yusri Jani. \rPengisian akademik pada program berkenaan ialah teknik menjawab soalan bagi subjek Matematik oleh guru SMK Taman Air Molek, Azura Jahiman.\rGuru dari SMK Taman Daya 2, Siti Wati Mohd Saat, pula berkongsi taktik menjawab soalan bagi mata pelajaran Sains.\rSelain bengkel menjawab soalan, motivasi dan ceramah, peserta juga kata Mohlis turut menyertai program Explorerace Intelek bagi membentuk kerjasama dalam pasukan.\r“Peserta turut diberi peluang meluahkan pendapat dan pandangan bagi proses menambah baik program pada masa akan datang,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.085743 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list