CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 201|Reply: 1

Piranha gigit 15 perenang

[Copy link]
Post time 18-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Spesies maging mengganas di   BrazilSAO PAULO: Beri-ribu ikan piranha daripada spesies maging memenuhi pantai popular di barat Brazil dan menggigit sehingga putus ibu jari kaki sekurang-kurangnya 15 perenang.\n\n\n\n   Pihak berkuasa di bandar Caceres di Mato Grosso berkata ini adalah kali pertama mereka berdepan masalah piranha di pantai Daveron di sungai Paraguay, selepas  ikan agresif itu berkumpul sejak dua minggu lalu.\n\n\n\n\n   “Penduduk perlu berhati-hati. Jika digigit, mereka perlu keluar segera dari air bagi mengelakkan darah tersebar,” kata anggota bomba Raul Castro de Oliveira, kepada laman web G1 Globo TV. Antara mangsa yang digigit pada  Ahad lalu ialah Elson de Campos Pinto, 22. “Saya menyelam dalam sungai dan   tiba-tiba saya merasa sakit pada kaki. Saya berlari  keluar dari sungai sebaik menyedari kehilangan hujung ibu jari kaki. Saya  bimbang akan diserang lagi kerana kaki  berdarah,” katanya.Pihak berkuasa bandar berkata pantai itu akan dibuka kerana ia adalah tarikan penting pelancong di rantau Pantanal Brazil, terkenal kerana pelancongan ekologi.Setiap September, Caceres menganjurkan pesta perikanan terbesar, acara  seminggu yang menarik 200,000 pelancong untuk memancing dan menikmati konsert.Pegawai keselamatan sudah memasang tanda amaran kepada orang ramai supaya berwaspada jika berenang. – AP/Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2011 06:41 PM | Show all posts
ngeri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.141979 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list