View: 228|Reply: 0
|
Tingkap Rumah Putih pecah kena tembak
[Copy link]
|
|
Polis tahan suspek serang pejabat Barack Obama\rWASHINGTON: Polis menahan seorang lelaki berusia 21 tahun kelmarin disyaki terbabit dalam kejadian tembakan di Rumah Putih minggu lalu, selepas ejen persekutuan menemui dua peluru mengenai rumah agam itu, termasuk satu yang terkena tingkap.\r\n\n\n\n\r Oscar Ortega-Hernandez ditahan polis Pennsylvania di sebuah hotel berdekatan Indiana, Pennsylvania, kata Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat, empat jam perjalanan dari bandar ini.\r\r\n\n\n\n\n Tiada sesiapa dilaporkan cedera dalam kejadian tembakan waktu malam Jumaat dan Presiden Barack Obama dan isterinya Michelle berada di luar bandar ketika itu.\rPeluru yang memecahkan tingkap tersangkut kerana tingkap itu kalis peluru, kata jurucakap Perkhidmatan Rahsia, Edwin Donovan. Sebutir lagi peluru mengenai bahagian luar bangunan.\rPeluru terbabit ditemui di bahagian selatan Rumah Putih, di mana bilik utama dan bilik tidur Lincoln kediaman persendirian presiden terletak, selain bilik tidur lain dan ruang yang boleh digunakan keluarga pertama itu.\rPegawai perkhidmatan rahsia mendengar tembakan dilepaskan di jalanan antara 700 dan 800 meter selatan kediaman presiden.\r\n\n\n\n\rDua kereta dilihat keluar dari situ dengan laju. Satu daripada kenderaan terbabit kemudian ditemui ditinggalkan di kawasan berhampiran dengan raifal semi automatik di dalamnya. Ketika insiden itu, Obama berada di California sebelum menuju ke Hawaii. \rOrtega-Hernandez mempunyai rekod jenayah termasuk kesalahan mengedar dadah, kesalahan berhubung arak, melawan daripada ditahan anggota keselamatan dan menyerang anggota polis, kata juru-cakap polis, Sarjan David Schlosser.\rKejadian yang berlaku pada hari Jumaat itu berlaku di Constitution Avenue, sebuah kawasan awam sibuk berdekatan sebuah kompleks beli belah, National Mall.\rAnggota Perkhidmatan Rahsia mengawal sekitar tempat berkenaan yang juga dironda ramai polis.\rKawalan keselamatan diperketatkan di Rumah Putih selepas serangan yang memusnahkan bangunan kerajaan di Oklahoma City pada 1995. – Reuters
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|