CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 152|Reply: 0

Ekonomi negara lonjak 5.8 peratus

[Copy link]
Post time 19-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pertumbuhan disokong peningkatan belanja sektor awam, swasta  suku ketiga tahun iniEKONOMI Malaysia berkembang pada kadar 5.8 peratus dalam tempoh suku ketiga tahun ini disokong oleh permintaan domestik yang kukuh berikutan peningkatan perbelanjaan sektor awam dan swasta.\n\n\n\n  Kadar pertumbuhan yang mengatasi jangkaan pasaran itu turut disokong pengukuhan permintaan serantau bagi komoditi serta barangan pengeluaran selain sektor elektrik dan elektronik.\n\n\n\n\n  Berikutan pencapaian pada suku ketiga itu, ekonomi negara mencatatkan pertumbuhan 5.1 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, sekali gus berada pada landasan kukuh untuk mencapai sasaran pertumbuhan antara lima hingga 5.5 peratus bagi seluruh tahun.Pada suku pertama tahun ini, ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus manakala pada suku kedua ia berkembang 4.3 peratus.Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata momentum yang diraih daripada permintaan domestik pada suku ketiga lalu akan dapat mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara untuk baki tahun ini.Malah beliau yakin momentum berkenaan akan dapat dibawa sehingga ke tahun depan.\n\n\n\n“Kita menyaksikan pelaburan perlahan sama ada daripada sektor awam mahupun swasta pada dua suku pertama tahun ini. Namun momentumnya mula diraih pada suku ketiga. Ini mencetuskan keyakinan bahawa momentum sedemikian akan dapat dikekalkan dalam suku keempat ini,” katanya pada sidang media ketika mengumumkan prestasi ekonomi bagi suku ketiga 2011 di Kuala Lumpur, semalam.Zeti menjelaskan, kekukuhan permintaan domestik adalah dipacu oleh pengembangan perbelanjaan perniagaan dan isi rumah serta meningkatnya pelaburan sektor awam.“Dari segi bekalan, kebanyakan sektor ekonomi merekodkan peningkatan dalam pertumbuhan, dengan sektor pengeluaran mencatatkan prestasi yang ketara lebih baik disokong oleh permintaan kukuh serantau untuk produk berasaskan sumber,” katanya.Permintaan domestik berkembang sembilan peratus pada suku ketiga, berbanding 5.6 peratus pada suku kedua.Perbelanjaan swasta pula meningkat 7.3 peratus berbanding 6.4 peratus suku sebelumnya, manakala perbelanjaan awam berkembang 21.7 peratus berbanding 6.4 peratus pada suku kedua.Namun, Zeti menegaskan, perkembangan yang berlaku di pasaran global sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada prospek pertumbuhan negara.“Risiko ke atas pertumbuhan ekonomi global telah meningkat dan susulan perkembangan yang berlaku pada suku ketiga, kesan daripadanya dijangka dialami pada suku keempat, dan ia pasti berlaku kerana Malaysia adalah sebuah ekonomi yang sangat terbuka,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30120 Replies : 180
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 194621 Replies : 4518
Jangan Buat Perangai Macam Gaji
XimJangan Buat Perangai Macam Gaji
Views : 7039 Replies : 36
PELIZ BE CAREFUL.
5-zaLPELIZ BE CAREFUL.
Views : 4677 Replies : 24
Bila bbnu bercinta #6
BoomibulatBila bbnu bercinta #6
Views : 8329 Replies : 53
Merenung Ke Luar Jendela.
tomazMerenung Ke Luar Jendela.
Views : 10702 Replies : 54
i love u husband
vanilla_velli love u husband
Views : 6724 Replies : 42
Doktor yang suruh...
epuepyDoktor yang suruh...
Views : 7095 Replies : 39
Atm dah ada drive thru
riena3321Atm dah ada drive thru
Views : 6318 Replies : 50
Seorang abah 'tertinggalkan' anak dia..
RinInaSeorang abah 'tertinggalkan' ana
Views : 10316 Replies : 47

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.053639 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list