|
Filem: The Adventures Of Tintin: The Secret Of The Unicorn\rGenre: Animasi, Pengembaraan\rPengarah: Steven Spielberg\r\n\n\n\nPelakon: Jamie Bell, Andy Serkis, Daniel Craig, Simon Pegg, Nick Frost \rTayangan: Mulai 10 November 2011\r\r\n\n\n\n\nBAGI penggemar siri komik Tintin, pastinya kisah anak muda yang memburu berita hangat dan suka menjelajah ke serata dunia menyiasat pelbagai kejadian aneh, pelik dan penuh misteri masih kuat melekat dalam ingatan.\rSekali gus bagi kebanyakan pencintanya, watak wartawan bernama Tintin secara tidak langsung membakar semangat untuk melakukan pengembaraan sama, malah populariti komik terbabit membolehkannya dialih ke lebih 80 bahasa, termasuk bahasa Malaysia dengan jualan 230 juta naskhah di seluruh dunia.\rDiterbitkan kali pertama pada Januari 1929, hasil nukilan Georges Remi atau nama pena ‘Herge’ dalam sebuah akhbar kanak-kanak berbahasa Perancis berjudul Le Petit Vingti鑝e, kemasyhurannya kekal hingga kini.\rJusteru apabila dua pengarah ternama, Steven Spielberg dan Peter Jackson berganding bahu menghasilkan animasi komik berkenaan dalam bentuk tiga dimensi (3D), sudah tentu ramai ingin berkongsi debaran itu.\r\n\n\n\n\rMengambil judul The Adventures of Tintin: The Secret of the Unicorn, garapan kisah merangkumkan tiga siri daripada komik terbabit iaitu The Crab with the Golden Claws, The Secret of the Unicorn serta Red Rackham\'s Treasure.\rKronologi dimulakan dengan cantik, di sebuah pasar terbuka yang menunjukkan pemberita muda, Tintin (Jamie Bell) membeli sebuah model kapal lama yang kebetulan turut menarik perhatian seorang lelaki, Sakharine (Daniel Craig), untuk mendapatkan barang itu daripadanya.\rPerjalanan hidupnya berubah apabila kediamannya digeledah seseorang seperti mencari sesuatu dan anjing kesayangan, Snowy, menemui gulungan kertas berbentuk peta yang mendorong Tintin merungkai misteri di sebalik model kapal itu.\rSifat ingin tahu yang sekian lama sebati dalam diri menyebabkan Tintin memecah masuk sebuah rumah agam yang ditinggalkan hingga membawa kepada penculikannya ke dalam sebuah kapal pelayaran besar yang dikendalikan Sakharin.\rMasih tidak mengetahui motif penculikan, Tintin cuba melepaskan diri hingga bertemu kapten kapal sebenar, Kapten Haddock (Andy Serkis) yang berkongsi cerita mengenai sejarah datuknya yang pernah diserang lanun ketika membawa harta yang banyak.\rCuma disebabkan terlampau mabuk, ceritanya sukar difahami, malah kadangkala dia sendiri tidak mengingati peristiwa penting yang dikongsi datuknya kerana penyiasat muda itu yakin ia masih berkaitan Sakharine.\rPerjalanan yang penuh mendebarkan itu sudah tentu tampak hidup malah kehadiran dua pegawai polis kembar yang lucu, Thompson dan Thomson (Simon Pegg dan Nick Frost) mewarnai sesetengah babak.\rCuma babak terawal ketika Tintin mahu merungkai misteri penemuan gulungan kertas kecil dengan lelaki misteri yang ditemuinya agak meleret, namun selepas setengah jam pertama momentum persembahan terus meningkat.\rUmpama menonton filem Indiana Jones yang dipenuhi aksi mendebarkan terutama ketika penyiasat muda itu mahu melarikan diri daripada kapal besar begitu mencemaskan ditambah suntikan elemen ‘humor’ dek telatah Kapten Haddock yang kaki botol. \rFilem ini memaparkan teknologi yang sempurna bersama mainan visual yang menarik, begitu juga karakternya yang menarik tetapi watak Tintin tidak sehebat seperti digambarkan di dalam siri komiknya.\rBiar apa pun, peminat setia siri komik ini pasti mahu menyaksikan kehebatan hero kecil mereka merungkai misteri seterusnya memerangkap penjahat dengan cara tersendiri.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|