CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 126|Reply: 0

Arab Saudi sekat wanita dedah mata memukau

[Copy link]
Post time 20-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Peraturan baru   bagi elak pergaduhanJEDDAH: Wanita yang mempunyai mata menarik mungkin dipaksa menutupnya dengan kain menerusi peraturan Arab Saudi yang baru. \n\n\n\n  Akhbar The Daily Mail melaporkan negara Islam konservatif itu  berkata pihaknya mempunyai hak  menyekat wanita daripada mendedahkan mata yang cantik dan memukau. \n\n\n\n\n\n  Jurucakap Jawatankuasa Amar Makruf Nahi Mungkar Arab Saudi, Sheikh Motlab al Nabet, berkata   cadangan melaksanakan     undang-undang itu akan   dibentangkan secepat mungkin.Wanita Arab Saudi sejak sekian lama   memakai jubah hitam atau abaya yang menutup rambut serta badan dan di sesetengah wilayah menutup muka di khalayak ramai.Jika mereka gagal berbuat demikian, mereka berdepan  hukuman termasuk denda dan sebat. Satu laporan dalam laman web berita Bikya Masr memberitahu cadangan itu dibuat selepas seorang  anggota jawatankuasa  terbabit terpikat dengan mata seorang wanita ketika berjalan di kaki lima dan mengakibatkan pergaduhan. \n\n\n\nWanita itu sedang berjalan dengan suaminya yang berakhir dengan beliau ditikam  dua kali selepas berlaku perbalahan. Jawatankuasa Amar Makruf Nahi Mungkar beberapa kali didakwa melanggar hak asasi manusia. Jawatankuasa yang  ditubuhkan pada 1940, berfungsi memastikan undang-undang Islam tidak dicabuli di Arab Saudi. Pada 2002, jawatankuasa itu enggan membenarkan sekumpulan pelajar keluar dari sekolah yang terbakar di Makkah kerana tidak memakai tutup kepala dengan betul. Keputusan itu dilaporkan mengakibatkan kematian  15  pelajar. Mereka turut melarang wanita memandu dan tidak dibenarkan berjalan tanpa ditemani penjaga lelaki. Pada September lalu, seorang wanita Arab Saudi dikenakan 10 sebatan kerana melanggar larangan memandu tetapi hukuman itu dibatalkan apabila Raja Arab Saudi, Raja Abdullah masuk campur.  Pada bulan sama, Raja mengumumkan wanita diberi hak mengundi dan bertanding untuk kali pertama pada pilihan raya majlis perbandaran 2015. –  Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.240322 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list