CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137|Reply: 0

53 program keusahawan 2012

[Copy link]
Post time 22-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SMECorp peruntuk RM321.8j beri manfaat kepada 36,323 usahawan PKSKERAJAAN menerusi Perbadanan Enterpris Kecil dan Sederhana Malaysia (SMECorp) sudah merancang dan mengenal pasti 53 program pembangunan keusahawanan membabitkan peruntukan RM321.8 juta bagi usahawan tempatan sepanjang tahun depan.\n\n\n\n  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program yang akan memberi manfaat kepada 36,323 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bandar dan luar bandar bertujuan meningkatkan keupayaan dan kemahiran dalam bidang keusahawanan.\n\n\n\n\n\n  Beliau berkata, program pembangunan akan memberi tumpuan kepada latihan keusahawan bagi kemahiran perniagaan dan teknikal serta peningkatan produktiviti, penentuan kualiti, kawalan kos dan pensijilan.“Kerajaan sentiasa memberi sokongan dan galakan menerusi pelbagai program dan bantuan kewangan, infrastruktur dan khidmat nasihat bagi membolehkan usahawan tempatan khususnya PKS dapat diberi peluang meningkatkan keupayaan dan kemahiran dalam bidang keusahawanan,” katanya pada majlis penutup penyampaian Anugerah Ilham Desa peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra, dekat Kajang, semalam.Timbalan Perdana Menteri turut melancarkan portal MyIdeas@Rural yang bertujuan mewujudkan saluran dan peluang kepada masyarakat desa bagi menyalurkan idea dan kreativiti. Hadir sama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.Bagi tempoh Januari hingga November ini, sebanyak 210 program pembangunan dilaksanakan dengan perbelanjaan mencecah RM5.9 bilion yang memanfaatkan seramai 506,535 usahawan PKS.\n\n\n\nTerdahulu Mohd Shafie dalam ucapannya berkata, sepanjang penganjuran Ilham Desa sejak 2000, sebanyak 171 kampung menyertai pertandingan itu pada peringkat zon dan menghasilkan 171 ilham dalam pelbagai projek seperti produk pertanian, ternakan, kemahiran, makanan, tanaman, kesenian, pendidikan, pelancongan desa, tenunan, kraf tangan, pemulihan tanah dan rekreasi.Di samping itu, katanya kementerian sedang dan akan melaksanakan Program Lonjakan Mega Luar Bandar seluas 6,500 hektar di 11 kawasan projek agropolitan seluruh negara membabitkan tanaman komoditi, penanaman kontan dan ternakan ikan sangkar dengan peruntukan sebanyak RM110 juta.Sementara itu johan bagi Anugerah Ilham Desa peringkat kebangsaan 2011 dimenangi Kampung Lubuk Temiang, Labuan yang mewakili Zon Sabah/Labuan. Kampung itu melaksanakan projek bubu ikan laut pintar iaitu injap yang dicipta mengikut jenis ikan yang diingini dan mampu menentukan jenis ikan yang akan masuk ke dalam bubu.Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, hadiah latihan bernilai RM20,000, sebuah komputer riba 1Malaysia, trofi dan sijil, manakala naib johan dimenangi Kampung Hujung Ketun, Pendang, Kedah bagi Zon Utara yang melaksanakan Projek Ekonomi Pajakan Kebun Getah, sekali gus membolehkan mereka meraih wang tunai RM20,000, hadiah latihan RM20,000, sebuah komputer riba 1Malaysia, trofi dan sijil.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 194972 Replies : 4522
IKAN PALING CANTIK DI DUNIA
zasrfikriIKAN PALING CANTIK DI DUNIA
Views : 12674 Replies : 2
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16443 Replies : 49
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30484 Replies : 162
Baju Pengantin kembang Setaman
FARRAZOOLBaju Pengantin kembang Setaman
Views : 10758 Replies : 56
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30157 Replies : 182
Apakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda Di Forum Ini?
KILL_NANCYApakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda
Views : 113095 Replies : 486
patung singa
ainacutepatung singa
Views : 3958 Replies : 34
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6887 Replies : 48
Hipokrit zaman sekarang
chaconHipokrit zaman sekarang
Views : 4379 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.059064 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list