CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 127|Reply: 0

Mohon ampun Thaksin dibatal

[Copy link]
Post time 22-11-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan Yingluck akui hadapi terlalu banyak bantahan syor KabinetBANGKOK: Kerajaan Thailand membatalkan langkah untuk memohon pengampunan diraja bagi bekas Perdana Menteri dalam buruan, Thaksin Shinawatra, selepas menghadapi kritikan keras daripada pelbagai pihak yang menentang laporan mengenai deraf permohonan itu.\n\n\n\n“(Thaksin) tidak akan menerima apa-apa manfaat daripada pengampunan diraja tahun ini,” kata Menteri Kehakiman, Pracha Promnok kepada media, lewat kelmarin.\n\n\n\n\n\nMinggu lalu, media tempatan melaporkan bahawa perintah mengenai pengampunan diraja pada tahun ini perlu diluluskan oleh Raja Bhumibol Adulyadej dan akan membabitkan ‘pesalah yang sekurang-kurangnya berusia 60 tahun dan dijatuhi hukuman kurang tiga tahun.’Thaksin yang disingkir dalamrampasan tentera pada 2006, berusia 62 tahun dan tinggal dalam buangan di Dubai, bagi mengelak hukuman penjara dua tahun atas tuduhan rasuah.Satu mesyuarat Kabinet minggu lalu dilaporkan meluluskan satu pengampunan diraja yang mungkin membenarkannya kembali tanpa menjalani hukuman, mencetuskan maklum balas berang daripada lawannya, meskipun Perdana Menteri yang juga adik Thaksin, Yingluck, tidak hadir.Pengampunan diraja biasanya mengampunkan pesalah jenayah dadah dan rasuah selain mereka yang tidak dipenjarakan. Ia diberi setiap tahun pada ulang tahun kelahiran Raja Bhumibol iaitu pada 5 Disember.\n\n\n\nPengampunan berpotensi mencetuskan semula ketegangan di Thailand selepas penentang dan penyokong langkah itu berhimpun sejak beberapa hari lalu.“Pergerakan anti-Thaksin digelar ‘Baju Kuning’ membatalkan bantahan di ibu kota itu semalam selepas Menteri Kehakiman berkata pengampunan diraja akan kekal dengan syarat sedia ada,” kata jurucakap kementerian itu, Parnthep Pourpongpan.Laporan pengampunan itu muncul pada masa tidak sesuai bagi Yingluck yang berdepan kritikan atas cara beliau menguruskan banjir terburuk Thailand sejak beberapa dekad lalu. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.234066 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list