CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 130|Reply: 0

Korban protes Mesir meningkat

[Copy link]
Post time 22-11-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
KAHERAH: Angka korban pertempuran antara penunjuk perasaan anti pemerintahan tentera dengan anggota keselamatan Mesir sejak tiga hari lalu meningkat kepada 24 orang semalam, perkembangan yang mengancam pilihanraya Parlimen seminggu lagi.\rTentera mendakwa, keganasan terbaru tidak akan menyebabkan pilihan raya ditangguhkan tetapi ia pasti menjejaskan kesahihannya.\r\n\n\n\n\rAda pihak tertentu termasuk golongan konservatif menjangka mereka akan mendapat sokongan kuat dalam pengundian 29 November depan dan menuduh pihak tentera sengaja membiarkan keadaan tidak tenteram untuk terus memerintah.\r\r\n\n\n\n\nSelain itu, buat kali pertama sejak revolusi menggulingkan Hosni Mubarak, polis Mesir berpakaian seragam hitam. Unit keselamatan seragam itu adalah unit penindasan paling dibenci ketika pemerintahan Mubarak.\rPenunjuk perasaan berkata, mereka melihat tiada beza antara jeneral dan presiden yang dijatuhkan.\rSeorang penunjuk perasaan menyifatkan keganasan dilakukan kerajaan tentera sama seperti rejim lama.\r“Kami cuma mempunyai satu tuntutan: tentera mesti meletak jawatan dan diganti dengan majlis awam. Keganasan menunjukkan Mubarak masih berkuasa,” kata Ahmed Hani.\r\n\n\n\n\rSelama protes baru meletus, polis berdepan dengan bilangan penunjuk perasaan yang semakin ramai di tengah Kaherah, melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah ke arah orang ramai di Dataran Tahrir, pusat revolusi yang menjatuhkan Mubarak.\rPenunjuk perasaan membalas dengan balingan batu dan bom petrol dan menjelang tengah hari kelmarin dataran itu kembali dikuasai mereka. – Agensi/AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.043441 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list