CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 175|Reply: 0

MyLED dijangka raih RM2 bilion

[Copy link]
Post time 24-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Menerusi teknologi Osram, syarikat mula keluar cip LED Januari\rMyLED Group, pengeluar diod pemancar cahaya (LED) dan produk pencahayaan dalam bentuk pejal (SSL) tempatan, dijangka meraih pendapatan lebih RM2 bilion daripada jualan komponen pencahayaan dalam tempoh lima tahun menerusi kerjasama strategik dengan 15 syarikat antarabangsa dan tempatan.\r\n\n\n\n\r  Syarikat itu semalam memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan enam syarikat pengeluar peralatan asli (OEM), empat pengedar, empat ejen dan satu rakan usaha sama.\r\r\n\n\n\n\n  MoU dengan tiga daripada enam syarikat OEM iaitu  Amprex International Sdn Bhd, Osram Opto Semiconductors dan Light-Trend Optoelectronics Technology Co Ltd, akan membolehkan syarikat berkenaan membekalkan MyLED dengan teknologi serta kepakaran penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan produk pencahayaan SSL dan LED generasi baru.\rPengerusi MyLED Group, Datuk Fauzi Said, berkata menerusi teknologi Osram, pihaknya akan memulakan pengeluaran cip LED secara besar-besaran pada Januari tahun depan, sekali gus menjadikannya  syarikat Malaysia pertama yang mengeluarkan komponen LED dan SSL.\rKatanya, permintaan global terhadap produk pencahayaan LED semakin meningkat dan kerajaan di seluruh dunia juga menggalakkan penggunaan produk pencahayaan LED kerana ia menjimatkan tenaga dan mesra alam.\r“Laporan pasaran pencahayaan bagi 2011 oleh McKinsey menunjukkan pasaran pencahayaan global LED  dijangka meningkat daripada 7 bilion euro pada 2010 kepada 40 bilion euro menjelang 2016. \r\n\n\n\n\r“Ia dijangka mencecah 65 bilion euro menjelang 2020, mewakili 60 peratus pasaran pencahayaan secara keseluruhannya,” katanya pada majlis memeterai MoU dengan 15 syarikat tempatan dan antarabangsa di Putrajaya, semalam.\rMajlis memeterai perjanjian itu disaksikan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam yang juga menteri peneraju bagi  Perkhidmatan Perniagaan dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).\rFauzi berkata, MyLEd Group juga mengadakan usaha sama dengan MyLED Lanka (Pvt) Ltd untuk menembusi pasaran Asia Selatan dengan membangunkan kilang pengeluaran dan pusat pengedaran di Colombo, Sri Lanka.\rBeliau menjelaskan kilang itu dijangka beroperasi pada suku pertama 2012 dan pada peringkat permulaan, kilang itu akan mengeluarkan 30,000 unit SSL setiap bulan.   \r“Menjelang 2014, kami menjangkakan pengeluaran sebanyak 100,000 unit sebulan. Dalam tempoh lima tahun akan datang, kami jangka jualan SSL dan LED akan melebihi RM200 juta,” katanya.\rFauzi berkata MyLEd Group juga melabur RM175 juta bagi memperluaskan kilang pengeluarannya di Melaka bagi memenuhi permintaan terhadap produk pencahayaan LED yang semakin meningkat.\rKatanya, sebaik saja kerja perluasan kilang itu siap pada 2014, pihaknya menyasar dapat menghasilkan sehingga 150 juta unit LED sebulan, sekali gus dapat menurunkan harga LED sebanyak 50 peratus dan membolehkannya bersaing dengan pengeluar antarabangsa.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 210609 Replies : 589
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30173 Replies : 183
Perihal buah kayangan, any experiences??
fahdramliPerihal buah kayangan, any experiences??
Views : 27927 Replies : 144
Sejauh mana GIGIHNYA  korang
fahdramliSejauh mana GIGIHNYA korang
Views : 71117 Replies : 386
Lepas ni I-Bunga kah?
JohnyEnglishLepas ni I-Bunga kah?
Views : 5344 Replies : 18
Please stop body shaming
multinickyPlease stop body shaming
Views : 8845 Replies : 50
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195182 Replies : 4526
SILA IKUT ARAHAN...
ieja_p2_bumbumSILA IKUT ARAHAN...
Views : 13336 Replies : 48
CARA DAPATKAN COINS SHOPEE
LaracropCARA DAPATKAN COINS SHOPEE
Views : 9769 Replies : 57
Apa nak buat kalau kucing curi nasi lemak kita? Mark Adam retweeted lawak
kwangsoo_ladyApa nak buat kalau kucing curi nasi lema
Views : 21405 Replies : 68

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.057018 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list