CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 159|Reply: 0

Tentera Mesir mohon maaf

[Copy link]
Post time 25-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kematian perusuh undang campur tangan badan antarabangsaKAHERAH: Pemerintah tentera Mesir semalam mengeluarkan kenyataan memohon maaf di atas kematian penunjuk perasaan akibat tindakan keras polis ketika bantahan menuntut penyerahan kuasa segera kepada orang awam memasuki hari ketujuh.\rSekurang-kurangnya 35 penunjuk perasaan terbunuh sejak Sabtu lalu, apabila pertempuran meletus manakala lebih 2,000 lagi cedera.\r\n\n\n\n\rPerkembangan itu mewujudkan  kebimbangan Barat yang mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya badan siasatan bebas ditubuhkan untuk menyiasat penggunaan kekerasan melampau.\r\r\n\n\n\n\nPenunjuk perasaan sekali lagi berkumpul di Dataran Tahrir, pusat perhimpunan bersejarah selama 18 hari yang menyaksikan kejatuhan Presiden Hosni Mubarak, Februari lalu, untuk menuntut kepemimpinan tentera segera meletak jawatan.\rBantahan besar-besaran, yang gagal disekat tentera dilihat bakal  membayangi pilihan raya Parlimen pertama selepas pemerintahan Mubarak yang dijangka bermula Isnin ini.\r“Majlis Agung Pasukan Bersenjata (SCAF) meluahkan kekesalan dan memohon maaf di atas kematian     rakyat Mesir yang setia ketika kejadian di Dataran Tahrir baru-baru ini. Majlis juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa di seluruh negara,” kata majlis itu dalam satu kenyataan di Facebook.\rKenyataan dikeluarkan selepas ucapan Pengerusi SCAF, Marshal Hussein Tantawi, Selasa lalu yang bertujuan menenangkan penunjuk perasaan di dataran itu, tetapi dikritik hebat kerana tidak menyebut mengenai kematian mangsa  di tangan polis.\r\n\n\n\n\rSCAF  berikrar menyiasat dan menghukum pihak  bertanggungjawab menyebabkan kematian itu. Ia turut berjanji memberi bantuan kepada keluarga mangsa yang maut dan cedera  selain  menubuhkan hospital sementara tentera di Dataran Tahrir.\rAktivis berkata, pertempuran berterusan sehingga malam di Jalan Mohammed Mahmud yang menghubungkan Kementerian Dalam Negeri dengan dataran itu. Berpuluh-puluh khemah  turut didirikan.\rPenulis pojok, Mona al-Tahawy ditahan tengah malam kelmarin selepas menyertai bantahan mendesak perubahan demokratik. Kiriman akhirnya di akaun Twitter menyebut dia dipukul dan ditahan di Kementerian Dalam Negeri.\r‘Dataran menggelegak’, tajuk muka depan akhbar, Al-Akhbar manakala akhbar, Al-Ahram menyiarkan kata-kata  ‘pertumpahan darah baru’ pada halaman depannya.\rKematian penunjuk perasaan turut mengundang kenyataan keras  Al-Azhar, institusi Islam Sunnah tertinggi yang menggesa polis tidak menembak ke arah orang ramai.\rImam besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayyeb, berkata sebarang perbincangan yang dicemari darah akan binasa dan hasilnya amat pahit. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.319597 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list