CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 196|Reply: 0

Petani jadi tuan ladang tebu Aquino

[Copy link]
Post time 25-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MANILA: Mahkamah Tinggi Filipina semalam mengarahkan ladang tebu yang dikawal keluarga bekas Presiden, Corazon  Aquino diserahkan kepada lebih 6,000 peladang yang sudah bertahun bekerja di situ.Arahan itu dianggap kemenangan bagi peladang miskin yang sekian lama bergelut untuk memecahkan cengkaman keluarga politik berpengaruh ke atas tanah pertanian di negara itu.\n\n\n\n“Sudah 50 tahun kami berusaha dan ini adalah kejayaan bukan saja kepada peladang tetapi ramai lagi yang dalam keadaan serupa. Arahan ini memberikan harapan kepada ribuan peladang yang berterusan ditindas bahawa mereka juga boleh memiliki ladang sendiri suatu hari nanti,” kata peguam peladang berkenaan, Romeo  Capulong.\n\n\n\n\nBagaimanapun, Capulong berkata, beliau menjangkakan saudara mara Aquino akan memfailkan rayuan supaya tiada pengagihan tanah di ladang dikenali sebagai Hacienda Luisita sehingga kes itu dianggap muktamad.Dalam sistem perundangan Filipina, rayuan boleh dilakukan terhadap arahan yang dikeluarkan mahkamah tertinggi dan kes Hacienda Luisita mungkin berlanjutan bertahun-tahun.Dalam arahan setebal 54 muka surat yang disiarkan di laman webnya, Mahkamah Agung menyebelahi tuntutan peladang untuk memiliki tanah sendiri berbanding terus bekerja sebagai buruh bergaji seperti dirancang keluarga Aquino.Ia mengarahkan ladang seluas 4,915.7 hektar itu diagihkan kepada 6,296 peladang dan keluarga mereka yang bekerja di situ sejak lebih 50 tahun.\n\n\n\nPerbalahan berhubung pemilikan ladang itu membolehkan pengkritik Aquino menggambarkan keluarga presiden popular itu sebagai dinasti politik yang tamak. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:10 PM GMT+8 , Processed in 1.024003 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list