View: 162|Reply: 0
|
Hulk Hogan terpaksa bayar bekas isteri
[Copy link]
|
|
LOS ANGELES: Bekas Isteri ahli gusti Hulk Hogan, Linda Bollea akhirnya mencapai kata sepakat dalam penyelesaian kewangan, empat tahun selepas memfailkan tuntutan cerai daripada suaminya.\rHogan atau nama sebenarnya Terry Bollea, bersetuju menyerahkan 40 peratus daripada pegangan dalam beberapa syarikatnya selain 70 peratus aset mereka.\r\n\n\n\nAkhbar Florida The St Petersburg Times, melaporkan Linda juga menerima AS$3 juta (RM9.5 juta) dalam penyelesaian hartanah,\r \r Akhbar Daily Mail pula menyatakan ibu kepada dua orang anak itu menerima kira-kira AS$7.44 juta (RM23.6 juta) daripada wang berjumlah AS$10.41 juta (RM33 juta) kepunyaan pasangan itu yang tersimpan dalam bank. \r\n\n\n\n\n\rRekod mahkamah menunjukkan Hogan tidak membayar sebarang saraan terhadap isterinya. \rJuara World Wrestling Entertainment (WWE) dan pelakon itu bercakap mengenai keadaan kewangannya dalam siaran Good Morning America sehari selepas mendedahkan beliau terpaksa memotong harga rumahnya bagi membolehkan ia dijual dengan segera. \rHogan dan Linda berpisah pada 2007 selepas dakwaan timbul yang Hogan mempunyai hubungan sulit dengan Christiane Plante. \rSelepas memfailkan perceraian, Linda mula berpacaran dengan Charlie Hill, yang ketika itu berusia 19 tahun. Pada 2008 Hogan mula berpacaran dengan Jennifer McDaniel dan mereka berkahwin pada Disember 2010. \rSeptember lalu Hogan mendedahkan bagaimana beliau menghabiskan jutaan dolar untuk membiayai gaya hidup mewah ketika zaman kegemilangannya.\rBeliau yang berusia 58 tahun mengaku kini tinggal di rumah sewa selepas mengurangkan harga rumah agamnya di Florida sebanyak AS$16 juta (RM50.8 juta) bagi membolehkan ia dijual. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|