CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 163|Reply: 0

Jari Saif al-Islam perlu dibedah segera

[Copy link]
Post time 26-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
ZINTAN: Anak lelaki Muammar Gaddafi, Saif al Islam perlu dibedah untuk membuang daging mati akibat kudis di ibu jari dan jari lain kerana beliau boleh jatuh sakit jika tidak dirawat.\rSaif al-Islam diberi rawatan akibat kecederaan di tangan kanan akibat serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), beberapa minggu lalu. Tiada maklumat lanjut diperoleh berhubung keadaan ibu jari, jari telunjuk dan tengah Saif yang berbalut. \r\n\n\n\n\r“Lukanya tidak berada dalam keadaan baik dan jarinya perlu dipotong. Bahagian lukanya sudah mati dan semakin merebak,” kata doktor kelahiran Ukraine,  Andrei Murakhovsky yang merawatnya selama tiga hari di Zintan, tempat Saif ditahan.\r\r\n\n\n\n\n  Pejuang dari pergunungan barat Libya menangkap Saif di kawasan gurun Sabtu lalu dan membawanya ke kubu kuat di Zintan untuk menunggu menyerahkannya kepada kerajaan sementara. \rJari tengah Saif tidak perlu dibedah tetapi dua lagi cedera dan mengeluarkan nanah, kata  Murakhovsky. \r“Jari telunjuknya terkoyak sehingga sampai ke tulang jari tengah (tulang jari), tulangnya berkecai. Begitu juga dengan ibu jari,” katanya. \rKetika gambar jari berbalut Saif disiarkan, ramai rakyat Libya menyangka mereka yang menangkap anak Gaddafi itu sudah memotong jarinya sebagai hukuman.\r\n\n\n\n  Bagaimanapun, Murakhovsky, berkata keadaan kecederaan itu menunjukkan ia akibat terkena bahan letupan. \rPembedahan yang diperlukan agak mudah dan boleh dilakukan di Zintan dengan bius di tempat kecederaan, kata  Murakhovsky.\rTetapi, tentera di situ bimbang ada pihak yang akan membunuh Saif jika mereka membawanya ke hospital.  \rPerdana Menteri Libya, Abdurrahim El-Keib berkata Saif kini menerima rawatan terbaik walaupun tidak dijaga kerajaan sementara.\rPejuang Zintan berkata, mereka akan menyerahkan Saif sebelik kerajaan sementara ditubuhkan. Kabinet mengangkat sumpah Khamis lalu dengan Menteri Pertahanan dipegang ketua majlis ketenteraan Zintan. \rMurakhovsky berkata, hanya sebahagian kecil ibu jari dan jari telunjuk Saif akan dibuang dan beliau berkata pembedahan tidak perlu segera.\rBagaimanapun, jika dibiarkan tanpa dirawat, jangkitan akan merebak ke salur darah dan membawa kepada jangkitan tulang sum-sum yang seterusnya menjejaskan kesihatannya secara keseluruhan, kata Murakhovsky. – Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.057112 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list