CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 0

NATO bunuh 28 askar Pakistan

[Copy link]
Post time 27-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PESHAWAR: Helikopter Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dari wilayah Afghanistan melancarkan serangan ke atas pos pemeriksaan di sempadan Pakistan semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 28 anggota tentera maut.\rPasukan keselamatan Pakistan dan pegawai tentera di wilayah Mohmand, berdekatan sempadan Afghanistan, berkata pegawai berpangkat mejar adalah antara yang terkorban dalam serangan sebelum subuh itu.\r\n\n\n\n\rJurucakap tentera berkata, helikopter ISAF/NATO melancarkan serangan ke atas pos pemeriksaan Pakistan di wilayah Mohmand awal semalam.\r\r\n\n\n\n\n“Tembakan menyebabkan tujuh anggota tentera dan seorang mejar terbunuh,”kata pegawai perisik tempatan. Seorang lagi pegawai mengesahkan angka kematian itu selepas serangan dilakukan terhadap pos di daerah Baizai itu.\rWashington menganggap wilayah berkenaan adalah kubu al-Qaeda, lokasi Taliban dan militan lain merancang serangan ke atas tentera Amerika Syarikat, termasuk anggota tentera antarabangsa diketuai Amerika yang berpangkalan di Afghanistan.\rGabenor wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Masood Kausar, mengecam keras serangan itu dan menyifatkan ia tidak dapat diterima.\rDalam satu kenyataan, dia berkata kejadian yang mengorbankan lapan tentera Pakistan itu adalah pencabulan ke atas kedaulatan negaranya.\r\n\n\n\n\r“Serangan merentasi sempadan seperti itu tidak dapat diterima,” katanya sambil menambah kerajaan akan membawa perkara itu ke peringkat tertinggi dan mengadakan siasatan menyeluruh.\rDi Kabul, jurucakap Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) NATO memberitahu: “Kami sedar mengenai kejadian itu. Kami masih dalam proses mengumpulkan maklumat.”\rHubungan di antara Pakistan dan Amerika semakin tegang tahun ini sejak komando sekutunya melancarkan serbuan yang membawa kepada kematian pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden, Mei lalu.\rKeadaan semakin keruh selepas Washington menuduh perisik Pakistan terbabit dalam serangan ke atas Kedutaan Amerika di Kabul, September lalu.\rPegawai Amerika menuduh puak di sempadan Pakistan memberi perlindungan kepada anggota Taliban yang sudah 10 tahun memerangi tentera asing itu di Afghanistan manakala rakannya, Taliban Pakistan pula kerap melancarkan pengeboman di wilayah Pakistan.\rDalam satu rundingan di Islamabad bulan lalu, Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton, menggesa Pakistan mengambil tindakan segera memusnahkan tempat perlindungan militan dan menggalakkan Taliban menyertai rundingan damai. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.642541 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list