CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 219|Reply: 0

Banjir landa timur Australia

[Copy link]
Post time 28-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SYDNEY: Beribu-ribu orang  terperangkap dalam banjir di pantai timur negara itu  semalam yang sudah pun meragut nyawa seorang kanak-kanak, ketika penduduk di barat baru pulang ke rumah masing-masing selepas kebakaran besar.\rPegawai berkata, bandar Wee Waa di New South Wales, 570 kilometer dari Sydney,  terputus hubungan sehingga seminggu berikutan banjir,  yang menyaksikan beberapa sungai di negeri sudah pun melimpah.\r\n\n\n\n\rBandar dengan 1,800 penduduk itu cuma boleh dimasuki dengan bot dan helikopter manakala pihak berkuasa kecemasan berkata mereka berusaha menambah bekalan makanan.\r\r\n\n\n\n\nPemindahan dilakukan di Moree, lokasi 60 rumah dijangka terputus hubungan ketika banjir sampai ke kemuncak manakala 150 hartanah di pedalaman sudah pun dipinggirkan berikutan bencana itu.\r“Saya baru memantau kawasan itu dengan helikopter dan jumlah kawasan dinaiki air amat luas. Air yang menuju ke situ mewujudkan laut di atas darat dan pemandangan memang cantik daripada udara tetapi penduduk di darat memang tidak gembira,” kata pengawal kecemasan wilayah, Steve Martin, kepada ABC Radio.\rLebih 900 penduduk menghubungi talian bantuan kecemasan dan 29 diselamatkan, yang meragut nyawa kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun kelmarin.\rDatuk Bandar Narrabi, Robyn Faber, berkata banjir  yang berlaku memberi tamparan hebat kepada petani di kawasan itu, yang sedang menuai gandum lebih banyak daripada biasa.\r\n\n\n\n\rBiro kaji cuaca dalam laporan mereka  meramalkan hujan lebat di timur laut Australia beberapa bulan ini disebabkan corak La Nina di Lautan Pasifik, yang selalunya dikaitkan dengan hujan melampau di Australia dan Asia.\rIa dijangka tidak seburuk banjir awal tahun ini yang membunuh berpuluh-puluh orang dan menenggelami laluan di wilayah berkenaan termasuk bandar raya Brisbane yang mempunyai dua juta penduduk.\rLebih 30,000 rumah ditenggelami air apabila tebing Sungai Brisbane pecah, menyebabkan bandar raya ketiga terbesar di Australia lumpuh selama beberapa hari dalam bencana paling buruk dalam masa lebih satu abad.\rKetika banjir melanda di timur, penduduk di pantai barat yang berdepan kebakaran hutan pula mula kembali ke rumah masing-masing selepas api memusnahkan berpuluh-puluh bangunan. \r“Kami pergi dan dapatkan apa yang tertinggal,” kata seorang penduduk, Leif Mulik, kepada akhbar The West Australian.\rKebakaran yang berlaku Rabu lalu memaksa beratus-ratus penduduk meninggalkan kediaman masing-masing. Ia masih bernyala semalam tetapi pegawai berkata kebakaran masih dapat dikawal dan keadaan cuaca memihak kepada mereka. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.165457 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list