View: 222|Reply: 0
|
Abu Sayyaf dituduh bom hotel
[Copy link]
|
|
ZAMBOANGA: Militan Abu Sayyaf dipercayai bertanggungjawab selepas polis menemui satu mayat di bawah runtuhan hotel Filipina yang dibom, menjadikan angkat korban kepada tiga orang.\rLetupan itu berlaku ketika lokasi berkenaan dipenuhi tetamu sebuah majlis persandingan tetapi ia dipercayai tidak ada kena mengena dengan motif serangan.\r\n\n\n\nAbu Sayyaf dipercayai melakukan dua letupan bom serentak, satu lagi dilakukan di pulau Basilan yang berdekatan selepas pihak berkuasa menemui alat letupan sebelum dimatikan situ.\r\r“Letupan itu agak kuat hingga merobohkan sebahagian besar hotel dan memecahkan tingkap di beberapa bangunan berhampiran,” kata Datuk Bandar Zamboanga, Celso Lobregat.\r\n\n\n\n\n\rDua daripada mangsa yang cedera dalam keadaan tenat, manakala lebih daripada 12 lagi terus memantau mangsa lain.\rPolis berkata, mereka turut menemui kesan kimia yang digunakan untuk menghasilkan bom dalam sisa runtuhan Hotel Atilano Pension House, beberapa jam selepas letupan tengah malam kelmarin.\r“Kami menemui satu lagi mayat di bawah runtuhan dan kami melakukan apa yang terdaya untuk menangkap mereka yang mendalangi serangan ini,” kata ketua polis bandar raya, Superintenden Kanan Edwin de Ocampo.\rBahan letupan 10 kilogram yang sama kuat dengan kesan TNT dilaporkan digunakan dalam serangan itu. Katanya, 27 cedera dalam letupan itu, yang datang daripada salah satu bilik hotel berkenaan.\rKekuatan letupan memusnahkan tingkat atas bangunan dua tingkat itu, manakala kebakaran yang menyusul akibat letupan meranapkan tingkat bawah, kata wartawan yang berada di tempat kejadian.\rDe Ocampo berkata, siasatan awal menunjukkan letupan berkemungkinan disebabkan bom yang diubah suai walaupun tidak kumpulan mendakwa bertanggungjawab melancarkan serangan.\rBandar raya Zamboanga kerap menjadi sasaran serangan bom, selalunya dilancarkan pemisah Islam dan kumpulan bersenjata yang beroperasi di kawasan sekitar atau kepulauan berhampiran. Oktober lalu, letupan bom meragut dua nyawa di Zamboanga. Pergerakan Abu Sayyaf yang dikaitkan dengan al-Qaeda beroperasi di seberang selat berhampiran pulau Basilan, dan dari situ selalu menculik dan melancarkan serangan bom. \rInspektor Cesar Memoracion berkata, pihaknya sudah memberi amaran kepada pemilik hotel itu supaya berjaga-jaga menghadapi serangan tetapi tidak mendedahkan identiti penyerang.\rPada Januari 2000, hotel itu digegarkan letupan menyebabkan tiga militan yang memasangnya terbunuh dalam bilik mereka. – AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|