CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 0

Mogok Britain mula hari ini

[Copy link]
Post time 30-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Lebih dua juta pekerja  awam dijangka mogok hari ini sebagai protes perubahan dalam pencen mereka, tindakan industri terbesar di Britain sejak tiga dekad lalu.\rRibuan sekolah dijangka ditutup, sampah tidak dipungut dan hospital kekurangan kakitangan berikutan tindakan ini. \r\n\n\n\n\r  Penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow London, satu daripada lapangan terbang paling sibuk di dunia dimaklumkan kemungkinan kelewatan berlepas sehingga 12 jam untuk membolehkan pasport diperiksa berikutan ramai pekerja mogok. \r\r\n\n\n\n\n  Mogok itu akan menjadi ujian terbesar setakat ini bagi kerajaan campuran Perdana Menteri David Cameron yang mencetuskan kemarahan kesatuan dengan mencadangkan umur persaraan untuk pekerja awam selari dengan pencen negeri. \rPembaharuan itu bermakna kebanyakan kakitangan awam, pekerja majlis dan guru terpaksa bekerja sehingga berusia 66 tahun dan kebanyakan mereka perlu menyimpan lebih untuk persaraan, mengurangkan gaji mereka. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.107164 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list