|
Singapura izin \'SlutWalk\', peserta tak perlu seksiSINGAPURA: Pihak berkuasa Kota Singa yang sering menyekat bantahan diadakan, membenarkan satu perhimpunan dipanggil \'SlutWalk\' bertujuan menentang keganasan seksual untuk diadakan hujung minggu ini, kata polis selepas satu pertengkaran berlaku antara pihak berkuasa dan penganjur.\n\n\n\n“Satu permit sudah diluluskan,” kata jurucakap polis di sini, semalam. Bagaimanapun, perarakan ‘SlutWalk’ di sini berbeza dengan bandar lain.\n\n\n\n\n\nDi republik ini, lokasinya ditetapkan di ‘Speaker’s Corner’, sejajar undang-undang tegas menentang demonstrasi jalanan dan mereka yang berminat menyertainya tidak perlu berpakaian menjolok mata seperti negara lain.Justeru, penganjurnya percaya, mereka tidak sepatutnya memerlukan permit untuk mengadakan protes itu.Polis pula menjelaskan, bantahan itu bersifat global menyebabkan ia perlu dikeluarkan selepas menjangka kehadiran orang asing dalam acara itu.Acara ‘SlutWalk’ di negara lain memaparkan wanita berpakaian terdedah sambil menegaskan mereka berhak untuk memakai apa yang mereka mahu tanpa diganggu atau diserang.Turut ada dalam program di republik itu termasuk tarian, ucapan selain pertunjukan seni mempertahankan diri ‘muay thai.’Berpegang kepada prinsip mereka, penganjur awalnya merayu menteri yang bertanggungjawab ke atas polis supaya mengecualikan keperluan memiliki permit selain dikenakan yuran S$50 (RM122.33).Tetapi, mereka bersedia membayar yuran itu jika permohonan ditolak.“SlutWalk dibenarkan di Singapura selepas kami mendapat permit polis, namun kami juga menghantar satu rayuan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Teo Chee Hean, supaya ia diketepikan,” kata mereka dalam laman Facebook.SlutWalk sudah diadakan di berpuluh bandar di seluruh dunia termasuk Toronto, Auckland dan Wellington di New Zealand, New Delhi, Philadelphia, Seoul, Sydney, Washington, Paris dan Berlin.Alex Au, pengkritik sosial dan aktivis hak asasi gay, memperkecilkan reaksi polis terhadap SlutWalk dengan menyatakan dalam satu blog ‘ada kemungkinan kakitangan awam kanan kita tidak dapat melupakan perkataan bermaksud ‘perempuan murah’ hingga mereka berpeluh.’ – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|