CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 234|Reply: 0

Britain suruh petugas kedutaan pulang dari Iran

[Copy link]
Post time 1-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
TEHRAN: Britain memanggil pulang semua kakitangan kedutaannya dari Iran kelmarin selepas penunjuk perasaan tempatan menyerbu misi diplomatiknya.\rPejabat Luar di London mengesahkan maklumat itu daripada diplomat Kesatuan Eropah di ibu negara Iran. Kumpulan pertama kakitangan kedutaan itu sudah berada di lapangan terbang Tehran dan bakal berlepas ke Dubai, kata diplomat Eropah. \r\n\n\n\n\r  Diplomat Britain menghabiskan masa semalaman memantau kawalan keselamatan di beberapa kedutaan Kesatuan Eropah,  kebanyakannya berada di misi diplomatik Perancis. \r\r\n\n\n\n\n  Arahan itu dibuat selepas penunjuk perasaan yang berhimpun beramai-ramai di pekarangan dua diplomatik di Tehran, sesetengah laungkan ‘Matilah Britain’ sambil mengoyak bendera negara itu dan merosakkan pejabat kedutaan. \rPenunjuk perasaan itu menunjukkan kemarahan terhadap keputusan Britain minggu lalu untuk memutuskan semua hubungan dengan sektor kewangan Iran sebagai sebahagian daripada sekatan baru diumumkan dengan kerjasama Amerika Syarikat dan Kanada.\rTunjuk perasaan itu menyusuli keputusan Parlimen Iran sehari sebelumnya meluluskan undang-undang untuk mengusir duta Britain sebagai tindakan balas terhadap sekatan terbaru London.\rPenunjuk perasaan merosakkan pejabat kedutaan Britain dan mencuri dokumen ketika serangan itu, kemuncak penentangan  mereka  terhadap program nuklear Iran.\r\n\n\n\n\rPolis mengambil masa beberapa jam membebaskan enam diplomat yang terperangkap dengan kehadiran ratusan penunjuk perasan dalam bangunan dan perkarangan diplomatik Britain di utara ibu negara, lapor agensi berita Fars.\rSerangan terhadap kedutaan Britain mencetuskan kutukan antarabangsa termasuk kenyataan keras  Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).\rMalah, Russia yang juga sekutu utama Iran mengutuk serangan yang disifatkan sebagai tidak boleh diterima. \rDi Busan, Korea Selatan, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon berkata beliau terkejut dan marah dengan serangan di kedutaan Britain itu di Tehran dan menggesa pihak berkuasa Iran menghalang kejadian berulang. \rBan bercakap dalam pertemuan dengan Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain, Andrew Mit-chell.\r“Ban terkejut dan berang mendengar kejadian di Tehran,” menurut kenyataan. – AFP/AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.373274 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list