Anda pecinta manga perlawanan, atau percintaan? Mungkin yang menarik adalah bagaimana perlawanan atau percintaan pada mulanya tetapi yang akan menyebabkan anda terus meminati manga itu ialah bagaimana perjuangan watak utama dan interaksi dengan watak - watak lain.
Manga Piano No Mori ini di mulai dengan perpindahan sekolah Shuhei, seorang anak manja pemain piano terkenal Jepun iaitu Maestro Amamiya. Shuhei berpindah ke sekolah Moriwaki di sebuah daerah kecil di Jepun, yang di sana dia dbibuli tetapi di tolong oleh seorang budak bernama Kai Ichinose. Kai seorang anak pelacur yang memiliki sebuah piano di dalam hutan dan peliknya hanya dia seorang boleh memainkan Piano Hutan ini. Mulai hari itu Shuhei akan dihantui dengan rasa mahu mengatasi Kai....
Kai iaitu watak utama dalam Manga ini. Di sekolah dia selalu diejek oleh pembuli kerana dia adalah anak seorang pelacur di kawasan lampu merah di pinggir hutan. Semasa kecil dia ini terjatuh di luar tingkap dan terselamat oleh sebuah piano di bawah rumahnya. Semenjak itu piano itu menjadi alat permainannya sehingga dia dapat bermain piano dengan baik tanpa didikan formal. Telinganya amat sensitif dan ingatannya yang baik menolongnya untuk bermain sebarang lagu dengan piano walaupun hanya mendengar sekali sahaja lagu itu. Malangnya dia hanya boleh bermain piano dipinggir hutan sahaja dengan baik. Jika dia bermain piano lain ia akan menjadi terlalu gamat..
2)Shuhei Amamiya
Shuhei Amamiya memang dilatih oleh ibunya untuk menjadi pemain piano kerana ayahnya seorang pemain piano paling hebat di Jepun pada masa itu. Dia tidaklah merasa begitu berminat dengan piano hinggalah dia bertemu Kai yang membantunya semasa dibuli oleh pembuli sekolah. Malangnya suatu hari semasa Kai ponteng sekolah dia telah dimalukan. Dia lari kedalam hutan dan tertidur sehingga terdengar alunan piano oleh Kai .yang begitu asyik dan mendebarkan hati.
Dia menjadi cemburu dengan bakat Kai jadi semenjak itu dia menjadi sangat serius untuk bermain piano. Dia pernah cuba bermain piano di pinggir hutan tetapi malangnya tiada bunyi yang keluar..Adakah piano itu hanya untuk Kai seorang?
3) Ajino Sousuke Sensei..
Cikgu muzik yang digeruni olem murid - muridnya. Dia sebenarnya sorang pemain piano yang meningkat naik tetapi disebabkan oleh sebuah kemalangan tangannya sedikit cacat. Dia menjadi seorang yang hilang arah sehingga dia menjumpai bakat Kai. Dia menjadi kunci kenapa hanya Kai boleh bermain piano di pinggir hutan.
Ok tapi den ni jarang tengok anime sobab ada benda diorang tukar supaya lebih friendly(Macam anime Beck huhu).. Haha den baca manga ni dan mendownload permainan piano dr youtube untuk feel.. Tapi yg menarik adalah perjuangan Kai dan persahabatan dia dengan kengkawan termasuk pembuli..
Betol. Kenkadang nk sesuaikan ngan viewers tv. Kenkadang nk wat alternate version, sbb ada yg tak puas ati ngan version manga/novel. Nak tgk idea asal, better baca manga dia.
Aku pun tgh berjinak2 ngan piano ni. Sampai sanggup beli keyboard.
Dasyat ek..semoga semangat mod naik lepas tengok cite ni tetapi bakat semulajadi cam citer ni dan nodame cantabile bukan nya takde sekarang ni cam budak muka cam orlando bloom dalam australia got talent ..