CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 100|Reply: 0

Karzai minta bantuan dunia

[Copy link]
Post time 6-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Presiden Afghanistan mahu banteras rasuah, usahakan penyatuan\rBONN: Presiden Afghanistan, Hamid Karzai semalam memberitahu satu persidangan di sini bahawa negara itu memerlukan  bantuan antarabangsa selama sekurang-kurangnya sedekad lagi apabila  tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berundur pada 2014.\r\n\n\n\n\r   Karzai memberitahu kira-kira 1,000 delegasi yang berhimpun di Bonn di barat Jerman, bagi menghadiri Persidangan Mengenai Afghanistan bahawa kerajaannya akan membanteras rasuah dan berusaha ke arah penyatuan,  tetapi masih memerlukan bantuan antarabangsa.\r\r\n\n\n\n\n   “Kami  memerlukan sokongan untuk sekurang-kurangnya sedekad lagi selepas tentera menarik diri,” katanya.\rMesyuarat itu berlangsung selepas 10 tahun berlalunya satu  persidangan yang meletakkan kerajaan Afghanistan di bawah Karzai apabila tentera Amerika Syarikat menyingkirkan Taliban berikutan serangan 11 September.\rBagaimanapun, Pakistan dan Taliban yang kedua-duanya dilihat sangat penting untuk menamatkan  pertumpahan darah di Afghanistan, enggan menghadiri persidangan itu  sekali gus menjejaskan harapan  mencari jalan penyele\rsaian berkesan.\rKira-kira 140,000 tentera antarabangsa berada di Afghanistan dan semua pasukan diketuai NATO akan meninggalkan negara itu menjelang akhir 2014, apabila Kabul akan memikul sendiri  tanggungjawab terhadap keselamatan negara itu.\rMenteri Jerman, Guido Westerwelle menegaskan bahawa NATO tidak perlu tergesa-gesa untuk berundur.\r“Kami menghantar mesej yang  jelas kepada penduduk Afghanistan:  kami tidak akan meninggalkan anda bersendirian, anda tidak akan diabaikan,”  katanya.\r“Afghanistan dan penduduknya perlukan komitmen yang jelas dan boleh dipercayai kepada pembabitan jangka panjang untuk dekad seterusnya selepas 20104.”\rSetiausaha negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton memberitahu wakil mesyuarat termasuk kumpulan hak wanita bahawa negara Barat juga hadir ke Bonn untuk mendengar mengenai keperluan mendesak Afghanistan.\r“Kami perlukan nasihat terbaik anda bagaimana kami boleh membantu kerajaan, keupayaan dan profesional.”\r“Kami mempunyai satu tugas kepada pembayar cukai untuk memastikan wang dibelanjakan sebaiknya. Masalah rasuah adalah sesuatu yang benar,” katanya.\rPresiden Amerika Syarikat, Barack Obama menggesa Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari untuk melahirkan kekesalan beliau terhadap kehilangan tragik, sambil menyifatkan kematian adalah tidak sengaja,  tetapi Islamabad tetap tidak berganjak. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.065101 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list