CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 140|Reply: 0

Mendalami al-Quran bina kekuatan kepercayaan terhadap agama

[Copy link]
Post time 8-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MEMILIKI kekuatan kepercayaan terhadap Allah mampu membina asas kepatuhan tinggi dalam jiwa seseorang kepada pencipta seterusnya menjadikan dirinya terikat dengan sesuatu diyakini tepat dan benar. \rKeyakinan terhadap Islam sebagai agama, ikutan dan pegangan sebagai pilihan kerana ia dari Tuhan melalui perutusan rasulnya telah dibuktikan melalui penurunan ayat suci al-Quran yang dipenuhi kebenaran.\r\n\n\n\n\r  Bukti kebenaran al-Quran diperkatakan di serata dunia. Mengambil beberapa contoh seperti teori bumi dan semua planet lain berputar mengelilingi matahari, fenomena air laut dan air sungai tidak bercampur, antara bukti kebenaran mengagumkan dalam al-Quran ditemui saintis hari ini. \r\r\n\n\n\n\n  Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti (kilapan) minyak.” (Surah al-Rahman, ayat 37) \rSesetengahnya beriman kepada Allah kerana takjub kebenaran kandungan al-Quran dan sesetengahnya mencari hujah meremehkan dengan pelbagai alasan.  \rFirman Allah SWT yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah (tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda (kebesaran-Nya) kepada orang yang mengetahui.” (Surah Yunus, ayat 5) \rHasil pembacaan dan pengkajian maksud al-Quran, sudah pasti melahirkan keinsafan, kekaguman yang akhirnya perlahan-lahan membentuk kekuatan kepercayaan terhadap Islam. Kesedaran seperti ini mampu melahirkan rasa penyerahan, ketaatan serta kepatuhan terhadap hukum agama.\r\n\n\n\rMembina asas kekuatan kepercayaan terhadap Islam, boleh dicapai melalui kefahaman mendalam ayat suci al-Quran dan hadis Rasulullah SAW kerana setiap orang Islam dituntut mencari ilmu.\rSabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan.” (Hadis riwayat Abu ad-Darda) \rJusteru, kehidupan harian perlu diisi benih keilmuan yang sekarang ini boleh diperoleh melalui pelbagai cara seperti pembacaan buku ilmiah, laman blog dakwah yang diketahui umum penulisnya selain mengikuti siaran di televisyen yang kian bertambah dengan program berunsur agama. \rPerkembangan ini petanda baik ke arah menyebarluaskan kefahaman agama dan dakwah kepada masyarakat. Sistem pendidikan melalui sukatan mata pelajaran pendidikan Islam khususnya sekolah menengah wajar mengutamakan kesedaran pelajar mengenai kebenaran al-Quran disertakan bukti penemuan saintis.\rUsaha mendekatkan pelajar dengan kefahaman al-Quran bukan sekadar hanya boleh membaca al-Quran malah perlu lebih menjurus kepada pengkajian maksud al-Quran secara saintifik supaya kekuatan kepercayaan terhadap pencipta terbina kukuh.\rUmat Islam di negara ini sama ada remaja, muda dan pertengahan usia seperti mengabaikan keinginan mengetahui maksud ayat suci al-Quran apatah lagi bertindak mengkaji untuk mengambil iktibar, ilmu dan mencari kebenaran dalam kehidupan mencabar masa.\rJelas, banyak kemungkaran terserlah di serata pelosok negara seperti buang bayi, zina, jenayah rogol, maksiat, pendedahan aurat, pergaulan bebas sehinggalah rasuah, penyelewengan kuasa,  bermula dari kurangnya keyakinan terhadap agama.\rMemisahkan diri dengan al-Quran ibarat memencilkan diri daripada berhubung dengan ilmu luas yang terkandung dalam kitab Allah itu. Jika kita menganggap mereka yang terkurung itu jumud, maka samalah dengan kita jika masih mengurungkan diri daripada al-Quran.\rSelebihnya, hidup dalam belenggu kejumudan akal sering terikat dengan perkara negatif dan tidak bermanfaat sedangkan masa berlalu begitu pantas. Lalu, bagaimanakah persediaan untuk menghadapi alam akhirat tanpa kekuatan kepercayaan kepada Allah.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 43667 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 43352 Replies : 2
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49989 Replies : 144
[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I Lie Down Looking At The Starry-Sky To
ipes2[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I
Views : 18145 Replies : 145
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38255 Replies : 23
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39129 Replies : 38
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41532 Replies : 355
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 13184 Replies : 7
Bukan pisang:Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
YgBenarBukan pisang:Cuma guna tulang ayam, arti
Views : 12752 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275946 Replies : 8049

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.177941 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list