CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 184|Reply: 0

Dilema kerajaan: Antara pembaharuan dengan kepentingan

[Copy link]
Post time 13-12-2011 08:05 PM | Show all posts |Read mode
\"Dilema kerajaan\" berasal dari beberapa kontradiksi.  Pertama, berlakunya konflik antara pembaharuan ekonomi dan kepentingan rent-seeker (perentir).  Setelah mempertimbangkan kepentingan, keperluan kroni akan dipenuhi, namun pada masa yang sama momentum pembaharuan pula dikurangkan.  Keadaan ini akan menjurus kepada satu senario di mana kroni pemerintah sentiasa mempengaruhi dasar kerajaan, dan pembaharuan gagal membawa kesan yang terserlah untuk selama-lamanya.Untuk golongan tertentu, perentir, kroni, malah GLC yang selama ini dilindungi, pemansuhan dasar perlindungan tidak lain tidak bukan memutuskan sumber kekayaan mereka, dan kelebihan mereka dalam persaingan.  Maka individu mahupun korporat yang hilang daya saing di bawah payung perlindungan akan tersingkir dalam persaingan pasaran bebas.  Justeru itu, dasar pembaharuan sering terikat langkahnya oleh kuasa konservatif, dan tidak akan ke mana.Misalnya, Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) yang bertanggungjawab merangka Model Ekonomi Baru (NEM) mencadangkan agar dasar afirmatif perkauman digantikan dengan dasar afirmatif untuk golongan berpendapatan 40% terendah, pada laporan NEM peringkat pertama.  Pada masa yang sama, penubuhan Equal Opportunities Committee dicadangkan untuk memastikan semua orang mendapat peluang yang sama.Dalam hal ini, sektor kuasa elektrik dan lebuhraya adalah contoh yang paling baik.  Di bawah dasar perlindungan kerajaan, harga elekrik dan tol lebuhraya adalah di bawah kawalan kerajaan.  Sebarang kenaikan memerlukan kelulusan kerajaan.  Niat asalnya adalah untuk menjamin kepentingan rakyat.  Namun, untuk menjaga kepentingan ekonomi kroni dan GLC, kerajaan meluluskan pula perjanjian yang tidak adil dengan syarikat konsesi, untuk menjamin keuntungan IPP dan syarikat konsesi lebuhraya.Sebagai kesudahannya, apabila elektrik dan lebuh raya di ambang kenaikan harga, kerajaan perlu memberi pampasan untuk kerugian syarikat korporat milikan kroni, agar harga tidak dinaikkan dalam jangka pendek.  Apabila kerajaan gagal menanggung tekanan itu, maka beban kenaikan harga dialihkan ke bahu rakyatnya.Keempat, kontradiksi antara tekad pembaharuan politik dengan kepentingan politik.  Dalam satu sistem politik di mana politik perkauman saling bersangkut-paut dengan kepentingan rent-seeking, tindakan pembaharuan kerajaan sering bercanggah dengan kepentingan politik.  Ini kerana langkah pembaharuan bakal mengancam kepentingan ekonomi rent-seeker.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.040237 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list