|
PERSIDANGAN Linguistik Asean V (PLA 2011) bertema Warna-warni Linguistik ASEAN: Penyelidikan dan Pemantapan Korpus Ilmu akan berlangsung di Dewan Seminar, Aras 2, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur pada 21 hingga 22 Disember ini.\rPeserta PLA 2011 kali ini membabitkan pakar bahasa, sarjana, penyelidik bahasa, golongan profesional, pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) serta peminat bahasa dari pelbagai negara anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan di luar ASEAN.\r\n\n\n\n\rPengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, akan merasmikan persidangan ini, manakala maklumat lanjut hubungi Rusmadi Baharudin di talian 03-21482732 atau Kalthum Ibrahim (03-89216490).
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|