CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 128|Reply: 0

Terokai dunia menerusi bacaan

[Copy link]
Post time 22-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
MEMBUDAYAKAN tabiat membaca perlu didorong aspek intrinsik iaitu sebahagian daripada sifat, minat atau keinginan yang benar-benar timbul dalam hati.Budaya murni itu tidak seharusnya bersifat ekstrinsik iaitu terdorong dengan tindakan dari luar seperti mengharapkan ganjaran atau pengiktirafan.\n\n\n\n  Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Datuk Khairil Awang, generasi muda yang membaca kerana minat mampu mendekati dunia luar, menerokai dunia tanpa sempadan dan seterusnya melihat sesuatu aspek dalam perspektif berbeza.\n\n\n\n\n  Sebaliknya bagi aktiviti membaca yang dilakukan semata-mata kerana mahukan hadiah atau ganjaran, katanya, hanya bersifat sementara dan tidak akan kekal.Keadaan ini kata beliau, menyebabkan kerugian kerana ilmu yang terkandung di dalam setiap bahan bacaan itu tidak dikuasai sepenuhnya.“Kuat atau lemahnya seseorang itu dapat diukur melalui ketinggian ilmu pengetahuan yang dimiliki menerusi pembacaan, bukan memandang kekayaan atau kekuatan fizikal semata-mata.“Masyarakat yang banyak membaca akan menjadi masyarakat pencipta yang boleh menguasai dunia kerana ilmu yang dikuasai membolehkan mereka berfikiran kritis, kreatif dan berkeyakinan tinggi.\n\n\n“Golongan yang malas membaca akan menjadi pengikut atau pengguna yang tidak boleh menjadi pemimpin,” katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Membaca Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) Peringkat WPKL 2011, baru-baru ini. Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri WPKL, Mohd Sanusi Saseetharan Abdullah.Pada majlis itu, seramai 141 pelajar menerima hadiah Nilam bagi kategori individu dan enam Anugerah Pengurusan Fail Pusat Sumber Sekolah Terbaik bagi zon Pusat Kegiatan Guru Bangsar, Pudu, Keramat, Kampung Pandan Sentul dan Segambut Jaya.Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki, Regina Tan Jia Xin dan murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Puteri Pandan 2, Cecilia Tan Xiyie dipilih sebagai Tokoh Nilam WPKL tahun ini.Tempat kedua kategori sekolah menengah dimenangi Muhammad Nabil Mohamed Nezam dari Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur diikuti Kamraj a/l Shanmuganathan dari SMK Bandar Seri Petaling ketiga.Murid SK Taman Segar, Iman Nabila Nur Fateha Mohd Nazul memperoleh tempat kedua kategori sekolah rendah diikuti Elwin Raj a/l Paul Raj Vethamuthu dari SK Seri Permaisuri ketiga.Sementara itu, Regina yang sudah membaca dan merekodkan isi kandungan kira-kira 450 buku yang dibaca sejak Tingkatan Satu berpendapat budaya membaca membolehkan dia memperbaiki penguasaan tatabahasa, menambah pengetahuan serta meningkatkan daya imaginasi.Anak tunggal yang memiliki perpustakaan mini di rumah ini gemar membaca buku cerita remaja, novel misteri dan majalah serta memperuntukkan sehingga RM200 sebulan untuk membeli bahan bacaan yang digemari.Manakala Cecilia pula yang sudah boleh membaca seawal usia enam tahun menyifatkan membaca dapat mengisi masa terluang dengan aktiviti berfaedah.Katanya, dia sekeluarga mempunyai minat sama dan mengisi masa terluang pada hujung minggu dengan mengunjungi perpustakaan awam untuk mencari bahan bacaan yang sesuai, selain mengumpul duit saku untuk membeli buku yang diminati setiap bulan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 1.120598 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list