|
NEGARA pastinya berjaya memenuhi agenda pembangunan bagi mencapai status membanggakan menerusi kerjasama pintar sektor awam dan tentera.\rRaja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, bertitah formula hubungan kerja yang harmoni itu masih boleh dipertingkatkan dengan tidak mengorbankan integriti angkatan tentera.\r\n\n\n\n\r “Masing-masing pada tempat dan adabnya. Jika keris sisip di pinggang, jika mahkota letak di kepala, jika cincin pakai di jari, jika gelang pakai di tangan.\r\r\n\n\n\n\n “Yang lelaki duduk bersila, yang perempuan duduk bertempoh. Ranting kekal di dahan, perdu tegap di pangkal.\r“Hukum sosial berlandaskan resam, berpandukan adab ini jika tidak dilanggar, dengan izin Allah juga akan terbina negara Malaysia yang warganya cekal bersatu, akan terbina negara yang aman, makmur lagi sejahtera,” titahnya.\rBaginda bertitah demikian dalam majlis melancarkan buku terbitan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan syarahan anjuran Institut Strategi dan Pertahanan Malaysia (MIDAS) di Kuala Lumpur.\rHadir sama, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Allatif Mohd Noor. \r\n\n\n\rRaja Nazrin berkata, khidmat dan jasa anggota tentera perlu diberikan penghargaan yang sepatutnya.\r“Pengorbanan mereka hendaklah diberikan ganjaran setimpal baik ketika mereka aktif berkhidmat atau sudah bersara.\r“Lebih-lebih lagi kepada anggota keluarga yang menjadi balu, piatu, ibu bapa kehilangan anak dan adik kakak yang kehilangan saudara,” titah baginda.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|