CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 140|Reply: 0

Pertemuan empat mata pengarang misteri

[Copy link]
Post time 27-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BAGI mereka yang meminati novel, True Singapore Ghost Stories (TSGS), kunjungan pengarangnya, Rusell Lee ke Malaysia sememangnya dinanti-nantikan. Ibarat mimpi menjadi kenyataan, pertemuan dengan Rusell berlangsung dalam sesi Meet and Greet Author of True Singapore Ghost Stories : Rusell Lee bersempena Karnival MPH baru-baru ini. \rSeawal jam 12.30 tengah hari, peminat TSGS sudah mula memenuhkan kerusi di hadapan pentas utama, walaupun slot beliau hanya dimulakan sejam kemudian. Kelihatan masing-masing memegang sekurang-kurangnya satu daripada 21 siri novel TSGS, menandakan mereka adalah peminat tegar siri novel itu yang popular di tanah kelahirannya.\r\n\n\n\n\rJika Jepun terkenal dengan komik manga, Singapura pula berbangga dengan TSGS. Mula diterbitkan pada 1989, kini memasuki siri ke-21 dan antara buku yang mencapai taraf  laris di  pasaran sehingga 1,000,000 naskhah sudah dijual.\r\r\n\n\n\n\nTSGS adalah novel genre seram, drama dan komedi yang mengandungi koleksi cerita berunsurkan supernatural dan paranormal yang berlaku di kebanyakan negara Asia serta beberapa negara lain dengan kesemuanya dihimpunkan melalui pengalaman, temuramah serta penyiasatan.\rWalaupun diklasifikasikan dalam genre seram, TSGS bukanlah naskhah berat sebaliknya lebih bersifat santai  lantaran ia bertujuan untuk menghiburkan, di samping berkongsi pengetahuan dan pengalaman, sehingga sesuai untuk bacaan semua peringkat usia.  \rSeperti novel tulisannya, identiti pengarangnya turut diselubungi misteri. Muncul tepat jam 1.30 tengah hari, Rusell tampil mengenakan sut serba hitam lengkap dengan topeng muka, topi dan sarung tangan, mencuri perhatian sesiapa saja. Sebaik saja mengambil alih slot, semua hadirin bagaikan terpaku dengan perwatakan beliau yang pada mulanya dianggap misteri seperti penampilannya, jauh tersasar.\rRamah, petah berbicara, pandai berjenaka, bijak berkomunikasi dengan penonton dan pandai mengambil hati adalah perwatakan sebenar beliau walaupun terlindung di sebalik misteri penampilannya. Apa yang menariknya, bukan saja kalangan cilik yang meminati TSGS, malahan orang dewasa juga setia sehingga sanggup berdiri memenuhi ruang pentas utama. Buktinya, setiap butir bicaranya mendapat maklum balas menggalakkan daripada khalayak.\r\n\n\n\rMengakui  menjadi antara manusia yang mempercayai benda ghaib seperti kewujudan makhluk halus dan sebagainya, beliau turut mempercayai kehidupan selepas mati dan berpendapat setiap manusia seharusnya turut mempunyai kepercayaan yang sama. Baginya, setiap perkara yang terjadi pasti diiringi sebab dan bukti, seperti juga kejadian mistik. \rSelama satu jam mengendalikan slot tersebut, Rusell bijak menarik perhatian penonton dengan kepetahannya menyampaikan sebuah cerita daripada salah satu siri TSGS, selain pandai mengambil hati peminatnya dari Malaysia dan sangat mesra dengan peminatnya, terutama daripada golongan kanak-kanak. Apabila diajukan pertanyaan tentang bilakah beliau akan menanggalkan topeng dan mendedahkan identiti, sambil berseloroh beliau mengatakan akan berbuat demikian apabila TSGS mencapai siri ke-50.  \rKemuncak slot diakhiri dengan sesi tanda tangan dan sekali lagi menyaksikan TSGS sememangnya mempunyai pengikut yang ramai di Malaysia sehingga sanggup beratur panjang demi mendapatkan tanda tangan eksklusif penulis misteri itu. Apa yang pasti, impian peminat TSGS untuk bertemu secara empat mata dengan pengarangnya akhirnya terlaksana dan dan semestinya menjadi lebih berbaloi oleh layanan Rusell yang nyata tidak mengecewakan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.714939 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list