View: 116|Reply: 0
|
Ikhlas tingkat ketakwaan Muslim
[Copy link]
|
|
Jujur laksana tanggungjawab, ibadat tugas utama manusiaBELUM terlewat kita ambangkan 2012 dengan penuh insaf dan syukur. Segala yang berlaku menjadi pengajaran. Untuk tahun baru, tentu azam dan perancangan dinobat lagi, tidak lain dan tidak bukan merealisasikan hasrat dan tekad baru, semoga ia menjanjikan kehidupan lebih baik daripada sebelumnya. \n\n\n\n Sebagai makhluk menjunjung tugas khalifah, setiap manusia tidak terlepas daripada tanggungjawab kepada Yang Maha Mencipta, sesama manusia dan makhluk serta diri sendiri. Semuanya semata-mata ketaatan kepada Allah SWT. \n\n\n\n\n\n Tujuan diciptakan manusia sebagai makhluk di muka bumi ini semata-mata untuk beribadah kepada Allah SWT. Apa juga tindak tanduk bukan ibadat ialah perbuatan sia-sia dan tidak mendapat ganjaran kebaikan di akhirat kelak, bahkan hanya menjadi amalan diri sendiri, sedangkan pekerjaan dilakukan dengan susah payah boleh menjadi ibadat dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. Itulah kelebihan orang bekerja. Selain mendapat upah dan meningkatkan kemahiran, kerja dilakukan dengan penuh keikhlasan dan terjaga dalam batas syariat dianggap ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah serta memungkinkan terpilih bersama golongan beruntung di akhirat. Beribadah bukan saja tertakluk kepada solat, puasa, menunaikan zakat dan haji tetapi meliputi semua perbuatan termasuk menuntut ilmu, mengajar, berjual beli, mentadbir, berpolitik hatta makan dan minum, asalkan ia dilakukan kerana takut kepada Allah. Kerja bukanlah semata-mata menuntut kita berada di pejabat. Ia bukan juga memerlukan kelulusan tinggi. Ia tidak termasuk usaha mencuri, merompak atau membunuh kerana ia bukan usaha dilakukan untuk menjadikan sesuatu itu lebih baik daripada sebelumnya. Dalam bidang pendidikan contohnya, sudah tentu mereka yang menuntut ilmu berhasrat menjadi orang arif sekali gus membebaskannya daripada belenggu kejahilan dan nafsu jahat yang menjadikannya sombong kepada Allah. \n\n\n Begitu juga orang yang mengajar, mereka sedaya upaya mendidik sesiapa saja yang memerlukan ilmu agar mereka keluar daripada kepompong kejahilan dan hawa nafsu, dan menambahkan umat yang patuh kepada perintah Allah, bersandarkan ilmu diperoleh. Mereka menjadikan kerjaya mengajar sebagai ibadat tidak akan mengajar untuk mendapat gaji bulanan dan bonus tahunan, atau dinaikkan pangkat dan berkira dengan titik peluh atau masa perlu dilaburkan melebihi sepatutnya. Ini kerana mereka pasti keikhlasan menabur bakti akan mengakrabkan diri kepada Allah dan menjadi nilai tambah dalam kewajipan sedia ada.Paling utama ialah kerja dilakukan isteri atau ibu yang merangkumi komitmen dalam sfera awam dan domestik. Sebagai pekerja bertanggungjawab dalam bidang tertentu, isteri atau ibu akan bertugas seperti orang lain untuk memenuhi objektif, misi dan visi organisasi, manakala dalam masa sama mereka juga perlu memberikan komitmen tinggi kepada tugas domestik, untuk memenuhi keperluan setiap ahli keluarga. Bebanan kerja yang tinggi dan waktu bekerja tidak terbatas bukan boleh dilakukan semua orang. Perlu kita ingat bertambah atau berkurangnya komitmen kita dalam bekerja tidak akan memberi kesan langsung kepada Dia yang menyuruh kita melakukan kerja sebagai ibadat. Allah tidak mengharapkan walau satu sen pun daripada upah kita berkerja, sebaliknya semuanya adalah untuk kita sendiri, bahkan sekiranya kita menjadikan kerja sebagai ibadat, kita mendapat manfaat daripadanya pada hari pengadilan kelak. Perkara ini jelas dinyatakan dalam firman Allah bermaksud: “Dan ingatlah Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadah kepada-Ku, Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian daripada mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku. Sesungguhnya Allah Dialah saja yang memberi rezeki kepada sekalian makhluk-Nya dan Dialah saja yang mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh Kekuasaan-Nya”. (Surah Az-Zaariyaat ayat 56-58)Allah memandang rendah kepada orang yang tidak bekerja. Mereka sentiasa meminta-minta dan tidak mampu menunaikan tanggungjawab kepada diri, keluarga, agama, bangsa dan negara, bahkan menjadi beban kepada orang lain, sedangkan sesiapa yang berusaha mencukupi keperluan keluarganya dan tidak berharap kepada bantuan orang lain termasuklah kedua ibu bapanya adalah jihad fisabilillah.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|